Skip to content

Akim (AF7) buat perangai

7 June, 2009

Baru popular sikit dah mula nak buat perangai. Macam tu la artis-artis baru sekarang ni. Itulah akibatnya bila artis kita ni tak ada cukup pengetahuan tapi nak jadi artis.

Orang nak jadi penyanyi, dia orang pun berangan besar nak menyanyi. Orang nak jadi pelakon, sesetengah tu pula perasan bagus nak jadi lebih hebat daripada pelakon.

Macam itulah artis kita. Bila kena tegur sikit mula nak naik angin. Ada sesetengah tu sanggup tulis macam-macam perkataan busuk dalam blog.

Minggu ni Niezam tegur sikit pasal Akim yang dapat tempat ketiga Akademi Fantasia Ketujuh (AF7).

Bukannya apa, ramai pihak sudah merungut dan meluat dengan perangai Akim yang dianggap dah besar kepala. Tak dinafikan mungkin Akim agak mentah orangnya. Yalah, baru 18 tahun usianya. Tapi syarikat rakaman ataupun pihak Astro kena latih artis-artis dia orang untuk jadi artis yang berjaya dan berkerja secara professional.

Bukannya apa Niezam dengar banyak rungutan mengatakan Akim suka menunjukkan reaksi kurang senang apabila berurusan dengan orang.

Malah di majlis-majlis tertentu dia suka buat perangai. Contohnya bila tengah bekerja, sibuk nak jawab panggilan telefon yang tak henti-henti masuk.

Yalah… bila dah jadi artis memang dia akan dapat peminat satu dunia tapi kena pandailah membahagikan masa di antara bekerja dan juga bersosial.

“Bukan tu saja, saya selalu perhatikan dia suka buat muka tak puas hati. Muka bad mood. Kalau ada orang tertentu telefon, mulalah dia tunjuk perangai besar kepala dia tu,” kata seseorang.

Dalam masa yang sama Akim pernah mengadu kepada seorang wartawan yang dia penat jadi artis dan tak larat nak buat fotografi, promosi dan berlari ke sana ke mari.

Hai dik… baru beberapa hari jadi artis dah penat? Dalam dunia ni tak ada kerja yang tak penat. Orang kampung yang kerja tanam padi tu lagi la penat.

Kalau nak berjaya dalam bidang seni janganlah banyak songel sangat sebab artis yang macam ni tak boleh hidup lama. Tak percaya buat la perangai.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: