Skip to content

Lima album muzik yang paling disukai dan mempunyai makna tersendiri bagi Yuna

7 June, 2009

Lima album muzik yang paling disukai dan mempunyai makna tersendiri bagi penyanyi berbakat, Yunalis Zarai (Yuna).


Yuna


1) Album trio adik-beradik, KRU, berjudul reKRUed adalah kaset pertama yang saya beli sendiri. Kalau tak silap ketika itu tahun 1993 dan saya berusia tujuh tahun. Kumpulan KRU sangat popular ketika itu dan kebanyakan sepupu mempunyai album berkenaan jadi saya juga mahu memilikinya juga lalu saya kumpul wang dan terus membelinya. Semua lagu yang terkandung dalam album berkenaan begitu bagus dari segi lirik serta melodinya, lebih-lebih lagi lagu Mengerti dan Janji Tinggal Janji. Sampai sekarang pun tidak jemu mendengarnya.

2) Album dari kumpulan Coldplay, Parachute juga antara yang paling memberi kesan kepada diri saya. Lagu berjudul Yellow antara yang hit dari album ini. Pertama kali mendengar keseluruhan album Parachute, saya terus terfikir yang saya ingin bawakan muzik rock yang menenangkan (soothing rock) seperti yang Coldplay bawa jika ingin menghasilkan album sendiri nanti.

3) Kelainan kumpulan No Doubt yang menampilkan wanita sebagai vokalis utamanya iaitu Gwen Stefani berjaya menarik minat saya untuk mendapatkan album ketiga mereka, Tragic Kingdom ketika di darjah tiga atau empat. Saya mula minat dengan lagu rock menerusi album ini dan pada saya, kumpulan ini begitu asli dalam berkarya dan genre ska dan punk yang mereka tampilkan mampu menarik perhatian ramai, termasuklah budak seusia saya yang masih bersekolah rendah.

4) Perkara pertama yang membuatkan saya kagum dengan penyanyi Alanis Morissette adalah kehebatan beliau menyanyi dan menggubah muziknya sendiri selain memiliki suara yang sangat unik. Beliau mempunyai cara yang tersendiri dan selalu menjadi inspirasi saya. Album Morissette yang menjadi pilihan saya pula adalah Jagged Little Pill.

5) Satu lagi album daripada penyanyi wanita yang saya minati, iaitu Lauryn Hill. Album Miseducation of Lauryn Hill menjadi album berentak hip hop dan RnB yang saya beli ketika di bangku sekolah. Hill bukan saja boleh menyanyi, beliau juga handal dalam rap. Tidak hairanlah album ini memenangi gelaran Album of The Year dalam Anugerah Grammy 1999. Setiap hari saya akan mainkan album ini, kalau tidak di rumah, dalam kereta pun saya pasti mainkan.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: