Skip to content

Nana selamat bernikah

7 June, 2009

MUAR 6 Jun – Penyampai radio Era, Nana atau nama penuhnya, Nurul Hana Che Mahazan, 26, hari ini selamat dinikahkan dengan Pengurus Saluran Hitz FM, Mohamed Raqeem Brian, 34.

Majlis akad nikah pasangan yang anggun berpakaian putih di rumah keluarga Nana di Persiaran Bahagia, Jalan Abdul Rahman di sini disempurnakan oleh Imam Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar, Azman Moomin.

Nana yang juga merupakan peserta program realiti Akademi Fantasia (AF) musim pertama menerima hantaran berjumlah RM21,000 dan mas kahwin RM22.50.

Ketika ditemui Nana berkata, dia amat bersyukur kerana segalanya berjalan lancar dan perancangan bagi hari istimewa itu berlangsung sempurna.

“Kami berdua sebenarnya sudah kenal selama lima tahun namun menjadi rapat sejak dua tahun lalu. Kami hanya membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada Januari lalu.

“Buat masa ini kami masih belum ada perancangan berbulan madu kerana masing-masing sibuk dan Rabu ini sudah kena balik bekerja tetapi kalau boleh, Nana teringin di lokasi pulau dan pantai,” katanya.

Sementara itu, menurut Brian yang merupakan seorang saudara baru, Nana merupakan gadis yang selama ini dinantikan dan dia bersyukur hubungan mereka bertaut sehingga ke gerbang perkahwinan.

Brian yang terpaksa mengambil lafaz sebanyak dua kali pada majlis akad nikah berkata, dia secara tiba-tiba menjadi gugup namun bersyukur segala-galanya berjalan dengan baik.

Majlis pernikahan tersebut berlangsung pada pukul 10.30 pagi dengan sejam terdahulu, mereka diikat dalam majlis pertunangan serba ringkas dengan pihak lelaki memberi tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan yang turut merangkumi sebuah set set gitar beserta gajetnya.

2 Comments leave one →
  1. catalina permalink
    7 June, 2009 pm

    tk brp minat sgt dgn dia ni apa2 pun tahniah n slmt pengantin baru

  2. 8 June, 2009 am

    Borak minat la gak nana ni sikit2…🙂 All the best nana…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: