Skip to content

Serina tak nak dedah kekasih

7 June, 2009

Pelakon Serina Redzuan, 26, yang sepatutnya naik pelamin pada 1 Jun lalu mengaku terpaksa tangguh perkahwinan dia kepada 1 Januari tahun depan.

Mengikut perancangan awal Serina nak kahwin pada awal bulan ini sebab nak meraikan bulan Ramadan dan sambut Hari Raya Aidilfitri sebagai suami isteri. Lepas tu baru mereka nak buat majlis sanding.

Malangnya hasrat tu terpaksa ditunda kerana banyak benda yang tak dapat diselesaikan. Nak kahwin bukannya kerja mudah.

Dek kerana dia tunda tarikh tu, Serina terpaksa batalkan sesi fotografi yang telah diatur bersama bakal suaminya, Salahuddin Ghaffar, 33.

Kata Serina, papanya yang juga tukang masak nombor satu Chef Wan awal-awal lagi dah bagi warning. Jangan nak tayang bakal suami sebelum tarikh kahwin. Takut nanti basi.

“Kalau ikutkan saya tak kisah nak tayang bakal suami saya ni tapi bila papa dah cakap macam tu saya tak berani la. Tahu sajalah papa kalau tak dengar cakap dia, mati saya nanti,” kata Serina.

Tak apalah yang penting Serina bahagia dengan lelaki mat salih dari Britain tu.

Yang membuatkan cinta Serina semakin erat terhadap Salahuddin kerana ahli perniagaan itu benar-benar nak mendalami Islam.

Kata Serina, lepas kahwin nanti dia orang dah rancang sama-sama nak masuk kelas agama untuk mendalami lagi Islam.

Baguslah macam tu. Mudah-mudahan hubungan Serina dengan Salahuddin akan kekal buat selama-lamanya.

Khabarnya Chef Wan nak spedo (taja) majlis kahwin Serina berkonsepkan ala-ala dalam taman. Mesti best punya.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: