Skip to content

Teguran buat Maria

7 June, 2009

ASSALAMU-ALAIKUM dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi membaca tentang apa yang saya nak tegur di ruangan Bukan Nak Kata ini.

Tentu ramai di luar sana suka mengikuti rancangan Jalan-Jalan Cari Makan setiap hari Ahad pukul 12 tengah hari. Saya juga tidak ketinggalan untuk menonton kerana banyak tempat-tempat makan yang menarik disiarkan.

Tetapi apa yang saya nak tegur ialah pengacaranya yang sudah tentu dikenali ramai iaitu Maria Tunku Sabri.

Emak saya sendiri pun tak senang melihatnya gelagatnya. Kalau boleh, makan jangan ditadah dalam pinggan yang sama. Makan sikit dah tukar menu lain. Lebihan dia makan itu tak kan orang lain tolong habiskan?

Kalau dibuang kan membazir namanya. Apa kata ambil sedikit dan masuk piring lain untuk dirasa. Kalau minuman itu tak mengapalah sebab boleh diminum sampai habis.

Bukan apa, kita ini orang Melayu yang penuh adab dan sopan. Dalam rancangan yang lebih kurang serupa tetapi dalam versi Cina pun saya tengok juga. Kalau mereka boleh beradab ketika makan, kita orang Melayu ini apatah lagi.

Mudah-mudahan teguran saya ini tidak membuatkan Maria kecil hati. Minta maaf ya.

Suka ikan keli, Batu Caves, Selangor.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: