Skip to content

Aleesya mula berlakon?

8 June, 2009

BAIK sebelum mahupun selepas melahirkan permata hati bernama Engku Aleesya Engku Emran atau Aleesya, pelakon Erra Fazira sudah beberapa kali menegaskan bahawa dia tidak mahu anaknya menceburi dunia seni.

ERRA menimang Aleesya bersama Khairul Mizan (kiri), Stanford Guo dan Haris (kanan) pada majlis pelancaran Gugu Gaga Erra.



Pernah menolak tawaran penerbit drama dan filem terkenal, David Teo untuk membenarkan Aleesya muncul menerusi drama bersiri Mertua vs Menantu, perkara itu bukan sahaja diputuskan oleh Erra tetapi juga suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang juga Ketua Pegawai Operasi Suria FM.

Menjelaskan Aleesya masih kecil dan ini anak sulungnya, Erra dan suami sebetulnya sudah mula membuat perancangan pendidikan untuk Aleesya.

Merancang pendidikan Aleesya seawal umur tiga tahun, Erra turut menegaskan, dia akan berusaha untuk mengawal minat anaknya agar tidak terarah kepada dunia hiburan.

Namun, persoalannya kenapa Erra dan Emran membenarkan Aleesya muncul menerusi program yang dinamakan Gugu Gaga Erra.

Gugu Gaga Erra merupakan sebuah program realiti televisyen yang akan menyusuri kehidupan selebriti terkenal dan wajah eksklusif Astro Megadrama itu bersama Aleesya.

Bakal bersiaran di Astro Ria (saluran 104, Astro) pada setiap Selasa, pukul 9 malam, bermula 9 Jun ini, kemunculan Aleesya seperti memberi gambaran bahawa hati Erra dan Emran bagaikan sudah terbuka untuk membiarkan Aleesya berkecimpung dalam lapangan seni terutamanya lakonan.

Umpama pendedahan awal Aleesya beraksi di hadapan kamera produksi, menerusi Gugu Gaga Erra, penonton bukan sahaja dapat menyaksikan detik-detik cemas Erra bergegas ke hospital tetapi bakal terhibur dengan aksi Aleesya.

Menjawab mengenai perkara tersebut, Erra menjelaskan, dia dan suami masih memegang kepada apa yang telah ditetapkan sebelum ini.

”Untuk Gugu Gaga Erra, ini adalah program realiti televisyen. Saya tidak boleh gunakan anak orang lain.

”Awalnya memang saya dan Emran telah beberapa kali menolak tawaran untuk beraksi dalam program berkenaan. Tetapi, pihak produksi, Box Lite Film Sdn. Bhd. tidak pernah berputus asa memujuk kami.

”Memikirkan ini adalah program realiti di samping faedah yang dapat melalui penajaan Johnson & Johnson Sdn. Bhd., akhirnya kami setuju,” kata Erra ketika ditemui pada majlis pelancaran Gugu Gaga Erra di Bangsar Village 2, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hadir sama, Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, Ketua Bahagian Penjenamaan Kandungan Astro, Haris Ismail dan Pengarah Pemasaran Johnson & Johnson Sdn. Bhd., Stanford Guo.

Tegas Erra, Gugu Gaga Erra bukanlah ‘batu loncatan’ kepada Aleesya untuk menceburi dunia seni kerana ia merupakan program bercorak pendidikan terutama kepada mereka yang baru bergelar ibu.

“Pasti akan ada orang kata ini akan pendedahan awalnya tetapi Insya-Allah kami boleh kawal Aleesya.

”Keterbukaan kami untuk menyertai Gugu Gaga Erra juga bukan semata-mata faktor bayaran tetapi memikirkan faedah yang diperoleh,” ujarnya.

Privasi Erra, Emran ‘diceroboh’

Bercerita mengenai Gugu Gaga Erra, primadona filem Melayu ini berkata, awalnya dia dan suami seperti kehilangan privasi apabila segenap ruang perjalanan kehidupan mereka bersama Aleesya mahu dirakamkan.

Membabitkan 15 hari tempoh rakaman sebelum dan selepas melahirkan Aleesya, ia bagaimanapun dilihat Erra sebagai detik yang sukar untuk dilupakan.

”Memanglah seperti tidak ada privasi. Ke mana kami hendak pergi, jurukamera akan turut sama untuk merakamkan segalanya.

”Mereka akan sentiasa berjaga 24 jam dalam sehari selama 15 hari rakaman dijalankan. Banyak juga perkara yang berlaku termasuk tekanan yang saya sendiri hadapi.

”Sungguhpun begitu, banyak yang saya dan Emran pelajari sepanjang penggambaran ini,” ujar Erra.

Katanya, menerusi penajaan Johnson & Johnson, dia serta suami telah diberikan pelbagai info penjagaan bayi seperti teknik mengurut, pemakanan serta cara menidurkannya dengan betul.

”Pengalaman saya sebagai ibu kini semakin bertambah. Saya juga bersyukur kerana menjadi artis pertama dipilih untuk program realiti seumpama ini.

”Semoga selepas ini akan ada lagi artis yang dipilih untuk menjalani rakaman seperti Gugu Gaga Erra,” tambahnya.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: