Skip to content

Artis juara realiti TV joli minum arak

8 June, 2009

BUKAN sesuatu yang mengejutkan apabila penyanyi yang baru mencipta nama ini dikatakan bermasalah ketika ini.
Sebelum ini beberapa hal berkaitan peribadinya sering diperkatakan termasuk mereka yang terbabit dalam persada muzik tempatan.



Sebaik muncul juara rancangan realiti tv pencarian bakat dalam bidang nyanyian, penyanyi baru yang berasal dari kampung ini dikatakan menghabiskan wang kemenangan dalam sekelip mata dengan berhibur di kelab malam bersama temannya.

Mujur perkara itu disedari syarikat rakaman tempat dia bernaung dan terus mengambil tindakan pantas dengan mengawal hadiah yang diterima. Terbaru, ada teman artis bercerita mengenai penyanyi baru ini yang masih lagi dengan tabiat lamanya. Kata mereka, penyanyi terbabit sering dilihat mengunjungi kelab malam terkemuka di ibu kota.

Kebanyakan mereka tidak kisah sekiranya dia mahu datang dan berhibur tetapi sikapnya yang ‘bersidai’ berhampiran bar kerana mabuk akibat minum arak terlalu banyak sangat memalukan.

Kata rakan artis itu lagi, syarikat rakaman tempat penyanyi muda ini bernaung puas membentuk imejnya sebagai gadis kampung yang baik, datang ke bandar untuk mengejar cita-cita menjadi penghibur.

Bagaimanapun apabila yang ditonjolkan penyanyi muda ini di khalayak umum adalah sebaliknya, sudah tentu usaha dilakukan syarikat rakamannya dalam tempoh dua tahun ini dianggap sia-sia.

SS yakin perkara itu terjadi kepada penyanyi muda ini kerana kejutan budaya. Maklumlah, dalam sekelip mata dia menjadi ‘orang berduit’ dan popular, pasti penyanyi ini berasakan hidup dalam syurga dunia.

4 Comments leave one →
  1. PlanetLeo.com permalink
    9 June, 2009 am

    “Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
    kehinaan.
    Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan
    banyak tapi diiringi dengan riak”

  2. catalina permalink
    10 June, 2009 am

    ko ni pandai bermadah pujangga yek .. sape la agaknya artis ni ..

  3. jelita permalink
    10 June, 2009 am

    sape la artis 2 yerk?jgn la menjatuhkan maruah sendiri dengan perkara2 yg amat memalukan..insaflah

  4. flowerHoRN permalink
    10 June, 2009 pm

    emmm….malas nk komen prangai artis mmg ramai yg brprangai cam ni…dh tau awk 2 publis figure wat la prangai elok sikit….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: