Skip to content

Gadis tolak lamaran jadi isteri ketiga diugut bunuh

8 June, 2009

PASIR MAS: Akibat menolak lamaran menjadi isteri ketiga, kereta yang dipandu seorang gadis dirempuh dua kali selain diugut bunuh oleh lelaki yang juga kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (Maik) di Kampung Tok Uban, di sini, petang kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mazlan Lazim, berkata dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang hanya dikenali dengan Ain, 22, sedang memandu kereta Perodua MyVi, apabila tiba-tiba dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta Proton Wira dipandu lelaki yang melamarnya.

Bagaimanapun, rempuhan itu tidak mencederakan kedua-dua pemandu dan kereta masing-masing tidak rosak teruk.

“Selepas berlaku rempuhan itu, lelaki yang memandu Proton Wira itu, tanpa menghiraukan keadaan kereta serta pemandu yang dirempuhnya terus meninggalkan gadis berkenaan di situ.

“Kira-kira lima minit selepas kejadian pertama itu, kereta lelaki itu terus mengekori mangsa dan sekali lagi merempuh bahagian tepi kanan kereta mangsa menyebabkan kedua-dua kereta rosak.

“Lelaki yang memandu Proton Wira itu, berusia 37 tahun itu keluar dari kereta dan terus mengugut akan membunuh gadis itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mazlan berkata, hasil siasatan, polis mendapati kemalangan itu bukan secara kebetulan, sebaliknya sudah dirancang berdasarkan perlanggaran dua kali secara berturut-turut.

Katanya, gadis terbabit mendakwa lelaki itu kenalannya serta pernah melamarnya untuk dijadikan isteri ketiga, namun ditolak dan itu mungkin menjadi punca lelaki itu marah sehingga melanggar kereta gadis terbabit.

“Dalam kejadian itu juga, berlaku pergaduhan di antara tiga pihak, iaitu gadis terbabit, suspek dan teman lelaki gadis itu.

“Polis akan menyiasat kes terbabit dan laporan Ain akan diutamakan memandangkan dia mangsa kepada kejadian itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya.

Sementara itu, Ain ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Uban, berkata beliau tidak menyangka lelaki itu sanggup merempuh keretanya serta mengugut membunuhnya.

“Saya mengenalinya setahun lalu dan menganggapnya sebagai kawan sekerja, namun tidak menyangka dia akan bertindak sedemikian selepas menolak lamaran menjadi isteri ketiganya, baru-baru ini.

“Ini kejadian ketiga lelaki itu bertindak ganas terhadap saya. Pada awal tahun lalu, dia menampar saya kerana menolak cintanya dan kali ini hendak membunuh saya pula,” katanya.

Ain berkata, lelaki itu mendakwa dia terhutang budi kepadanya kerana membantu mendapatkan bantuan RM500 daripada Maik.

“Wang yang saya terima bukannya duit lelaki itu, sebaliknya dia hanya menguruskan dan menelefon saya mengambil cek itu di pejabatnya,” katanya.

One Comment leave one →
  1. PlanetLeo.com permalink
    9 June, 2009 am

    “Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
    kenangan.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: