Skip to content

‘Syamsul salah faham tulisan saya’-Zed

8 June, 2009

Zed akui mungkin ada kesilapan gaya penulisan blognya kerana kurang arif dalam memberi pandangan


Zed bersama keratan akhbar yang mendakwanya ‘kawan makan kawan’.

AKTOR popular, Zed Zaidi tidak pernah mengelak untuk menjawab dakwaan pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Datuk Yusof Haslam, dia umpama ‘kawan makan kawan’ dan tikam belakang. Ini berikutan isu Zed ‘membelasah’ Syamsul dalam blog Zed sendiri. Bukan saja Syamsul yang menjadi mangsa ‘belasahan’ Zed, malah dia turut mengutuk Raja SMS, Mawi. Luahan hati Syamsul disiarkan B*Pop terbitan 24 Mei lalu yang membidas Zed. Kali ini ikuti pula luahan Zed.

“Bagi saya, ini satu cabaran bagi seorang artis, dia (Syamsul) kena terima. Kalau benda macam ni pun tak boleh terima, nanti kahwin lagi teruk. Namun, apa yang saya nak cakap ni, saya masih baru dan masih belajar dalam bidang penulisan blog. Daripada pengalaman yang membuatkan kita lebih matang dan profesional dan lebih berhati-hati.

Jadi, apa yang saya luahkan di dalam blog, mungkin ada kesilapan saya. Mungkin saya tak tahu gaya penulisan yang betul. Saya sekadar meluahkan sedikit pandangan secara individu kepada individu yang lain. Apa saja yang saya nampak ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 tempoh hari, saya tulis.

Saya menulis, kalau tak ada angin, takkan pokok bergoyang. Apa yang saya tulis dalam blog ialah perbezaan Syamsul dulu dan ketika bertemunya pada malam ABPBH 2008. Mungkin dulu, dia muda, sekarang dah bertambah matang. Bagi saya, kalau kita benar-benar profesional, dia tak perlu memperbesar-besarkan isu ini.

Cuma, saya kurang setuju apabila Syamsul kata saya, ‘kawan makan kawan’, kawan tikam dari belakang. Kalau saya ni betul-betul kawan dia, saya tak pernah duduk, makan-makan bersamanya. Kecuali hubungan saya dengannya antara pelakon dan pengarah, itu saja. Bagi saya, macam mana dia mengkategorikan saya ni ‘kawan makan kawan’ atau tikam dari belakang, apa projek yang saya nak rampas daripadanya? Saya ada syarikat sendiri.

Kalau nak cakap soal profesional, marah kita depan orang ramai, tanpa memikirkan dia mengaibkan kita, lepas tu terus berlalu begitu saja tanpa minta maaf, rasanya profesional ke? Kalau bagi call time jam 8 pagi, jam 7 pagi kami dah sampai, tapi dia sampai jam 4 petang, setiap hari, profesional ke tu? Kalau sekadar sehari dua lambat, kami boleh terima, tapi kalau dah hari-hari? Ini cerita dululah.

Itu yang saya tulis, dia ni ‘pra tak matang’. Bagi saya, dulu Syamsul muda dan saya mengharapkan dia melakukan anjakan paradigma. Hari ni saya bertemu dengannya, dah ada perubahan. Dia bertemu saya ketika ABPBH 2008 secara baik, saya tulis dia baik. Saya terkejut melihat perubahan Syamsul!

Dulu Mawi salam tak pandang muka

Sama juga saya bercakap pasal Mawi. Dulu saya bertemu dengannya, salam pun tak pandang muka! Saya terkilan, saya ni sampah ke? Sedangkan Rosyam Nor apabila bersalam dengan kawan-kawannya, dia tunduk kepala, saya lebih tunduk daripadanya. Bagi saya, apabila Mawi salam macam tu, mana rasa hormatnya? Tapi sekarang, apabila Mawi berjumpa dengan saya di ABPBH 2008, dia dah berubah, tak macam dulu lagi!

Saya nak memberikan perbezaan. Apabila umur kita semakin meningkat, kita semakin senior. Sekarang Mawi jumpa saya, dia tegur saya elok saja. Itu yang saya tulis dalam blog, cuma penyampaian tulisan saya, saya tak tahu nak cakap macam mana.

Apabila saya kata, ‘muka nak minta penumbuk!’ sebenarnya adalah cakap-cakap yang saya dengar ketika ABPBH 2008. Artis yang duduk di sekeliling saya, nampak saja muka Syamsul, mereka berbisik macam tu. Apabila saya menulis, saya teringat kata-kata itu. Itu adalah kata-kata yang saya dengar daripada rakan artis yang duduk di sekeliling saya, kata-kata itu bukan daripada saya. Itu yang saya maksudkan, saya menulis, kalau tak ada angin, takkan pokok bergoyang. Mungkin Syamsul ada salah faham di sini.

Selain itu, Skop Productions adalah produksi filem dan drama yang gah! Saya hormat Skop, Datuk dan seisi keluarganya. Jadi, saya tak nak tengok Skop musnah. Saya sudah bekerja dengan Skop, lima tahun. Jadi, jangan kerana sikap Syamsul yang dulu, boleh membuatkan Skop runtuh. Sebab itu saya tulis, Skop masih relevan tanpa dirinya.

‘Kalau tak puas hati, hubungi saya’

Tapi sekarang, Syamsul sudah membuktikan, semua filem arahannya, box office! Maknanya dia hebat. Saya percaya dengan sikap Syamsul hari ini, dengan perubahan yang membanggakan, dia boleh mengekalkan empayar Skop! Tapi, kalau Syamsul tak berubah, macam mana Skop nak maju, itu yang saya maksudkan dalam tulisan saya.

Mengenai SMS saya pada Syamsul: ‘Releks bro, permainan artis. Kontroversi. Sama-sama dapat nama. Mengkritik tak semestinya membenci bro’. Kita ni sebagai artis, sama saja macam orang politik. Apabila kita masuk bidang ini (hiburan), kita kena terima cabarannya. Bagi saya, ini satu cabaran.

Kalau tak boleh dijentik, maknanya individu itu seorang yang manja. Kita perlu kuat bukan saja dari segi fizikal, tapi mental.

Bagi saya, apabila timbul isu ini, masing-masing dapat nama. Saya tak tahu, blog saya boleh jadi panas. Seharusnya apabila Syamsul tidak berpuas hati dengan tulisan saya, dia sewajarnya menghubungi saya. Jika sekadar SMS, kita tidak boleh menyampaikan mesej yang sebenar. Itu yang dia tak faham maksud saya. Saya dah counter back tulisan saya dalam blog 22 Mei, tapi artikel Syamsul keluar B*Pop 24 Mei.

Beginilah, saya tak mahu memanjangkan isu ini. Di sini, saya dengan rasa rendah diri, saya minta maaf terhadap Syamsul dan Mawi di atas kesilapan saya. Semua manusia ada buat silap. Kesilapan saya sebagai seorang penulis blog yang baru yang tak tahu cara-cara penulisan yang sebenar. Apa yang saya maksudkan mengenai Syamsul dan Mawi adalah dua sikap yang berbeza, dulu dan hari ini.”

One Comment leave one →
  1. catalina permalink
    9 June, 2009 am

    rumusan setelah membaca ….. mmm… shamsul ni anak manja kan ??? patut la diana say bye2 !!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: