Skip to content

Jamal terus bertahan

9 June, 2009

SELEPAS tiga dekad dan usia kini mencecah 50 tahun, Jamal Abdillah masih terus bertahan dan berjaya mengekalkan popularitinya sebagai salah seorang penyanyi lelaki yang diminati ramai.

Rahsia di sebalik kejayaan diraih Jamal adalah suaranya yang mampu memukau pendengar. Apatah lagi kebanyakan lagu didendangkan berkonsepkan balada dan pop Melayu begitu dekat dan mudah diterima peminat.

Kejayaan demi kejayaan diraih penyanyi berasal dari Ipoh, Perak itu menyebabkan syarikat rakaman Warner Music Malaysia (WMM) terus menghasilkan album terbarunya, walaupun dalam keadaan pasaran yang agak lesu dan tidak menentu.

Jamal sebelum ini sudah membuktikan walaupun negara mengalami kemelesetan ekonomi sekitar tahun 1985 dan 1997, album dihasilkannya laris dan terus mendapat sambutan.

Meneruskan kesinambungan kerjaya seninya sebagai penyanyi disegani, Jamal muncul dengan album Tak Hilang Cinta adalah album Ke-20 penyanyi itu bersama WMM.

Tidak mahu berada di takuk lama, kali ini Jamal mengambil tindakan berani dengan mencuba sesuatu yang baru mengikut arus muzik semasa.

Menarik menerusi Tak Hilang Cinta dia cuba mengalunkan pelbagai jenis muzik termasuk funk dan rock.

Bagi mendapatkan citarasa lebih segar, Jamal bekerja dengan ramai komposer muda antaranya Shorty Robin, Shah dan Rohunaim. Anggota kumpulan Ahli Fikir, Daly turut tampil mendendangkan lagu Terpesona Dusta bersama Jamal.

Muzik program yang digunakan untuk menyusun melodi dan instrumen menyebabkan mutunya tidak seperti diharapkan, begitupun kecacatan itu dapat ditutup dengan kelunakan dan kekuatan vokal Jamal.

One Comment leave one →
  1. jelita permalink
    10 June, 2009 am

    Jelita minat betul ngan jamal nih..n lagu2nya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: