Skip to content

Cerita amah

10 June, 2009

KUALA LUMPUR: “Saya pernah beberapa kali nekad mahu melarikan diri dari rumah berkenaan, namun gagal dan diseksa dengan teruk apabila diketahui majikan,” kata Siti Hajar, 33, pembantu rumah warga Indonesia yang cedera parah didera majikannya sejak tiga tahun lalu.

Dakwa wanita malang itu, majikannya yang berusia 43 tahun sering mengamuk tanpa sebab sehingga sanggup menderanya dengan ganas dan tidak berperikemanusiaan.

“Saya hanya diberi makan dua kali sehari iaitu nasi kosong serta air sejuk dan akan dipukulnya selepas didapati mengambil lauk yang disimpan di dapur.

“Tidak cukup dengan itu, saya hanya tidur selama tiga jam kerana diarah bekerja seawal jam 5 pagi sehingga jam 2 pagi keesokannya tanpa henti.

“Saya juga sering menjadi bahan untuk dia (majikan) melepaskan geram termasuk dipukul dengan pelbagai objek keras serta diterajang yang dianggap sudah sebati dalam hidup sejak saya bekerja dengannya,” katanya ketika ditemui di Wad 6U Surgikal, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, semalam.

Siti Hajar berkata, dia tidak menyangka majikannya sanggup bertindak lebih ganas dengan menyimbah seluruh badannya dengan air panas, baru-baru ini.

“Selama ini, saya tidak pernah sesekali keluar dari rumah dan hanya berbuat demikian apabila diarah untuk mengikutinya.

“Selain itu, saya begitu menyayangi kedua-dua anaknya dan tidak pernah memukul mereka,” katanya.

Menurutnya, dia bercerai dengan suaminya yang bekerja sebagai penjual ais krim tiga tahun lalu dan datang ke negara ini untuk mencari nafkah membesarkan dua anaknya yang tinggal bersama ahli keluarga di Garut, Jawa Barat, Indonesia.

“Namun, apa yang saya mahu kini ialah pulang ke kampung halaman untuk menenangkan diri dan melupakan kejadian ini selain menemui keluarga serta anak-anak,” katanya.

Apabila ditanya mengenai keinginan untuk bekerja semula di negara ini, Siti Hajar berkata, segala-galanya mungkin kerana beranggapan tidak semua orang bersikap kejam seperti majikannya.

Tinjauan Harian Metro di PPUM semalam mendapati beberapa pegawai Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia hadir melawat mangsa yang berada dalam keadaan stabil, kira-kira jam 9 pagi.

Mangsa turut dilihat dibawa kakitangan hospital ke Wad Ginekologi untuk pemeriksaan lanjut.

Harian Metro semalam melaporkan mangsa yang diperlakukan bagai hamba abdi dengan didera hampir setiap hari kelmarin nekad melarikan diri dari rumah majikannya itu di Kondominium Lanai Kiara, Mount Kiara di sini.

Malah, majikan terbabit didakwa tidak pernah membayar gaji walau satu sen pun sejak wanita warga Indonesia berkenaan diambil bekerja di rumahnya, selain hanya diberikan nasi kosong tanpa lauk sebagai makanan harian.

Lebih memualkan, jika mangsa teringin sangat menjamah lauk, dia hanya dibenarkan mengambil daging babi oleh majikan yang tidak berhati perut itu walaupun mengetahui pembantu rumah berkenaan beragama Islam.

Itulah antara penderitaan terpaksa ditanggung Siti Hajar yang cedera parah hampir di seluruh anggota badan akibat disimbah air panas sebelum wanita berkenaan melarikan diri.

Difahamkan, wanita malang terbabit yang tidak dapat menanggung azab melarikan diri dari rumah majikannya kira-kira jam 1 pagi dan bersembunyi di tepi jalan sebelum menahan sebuah teksi untuk ke Kedutaan Indonesia di sini.

Wanita malang itu yang langsung tidak mempunyai wang bagaimanapun mendapat simpati pemandu teksi yang tidak sampai hati melihat keadaan mangsa lalu menghantarnya ke Kedutaan Besar Indonesia tanpa mengenakan tambang.

4 Comments leave one →
  1. flowerHoRN permalink
    10 June, 2009 pm

    simbah lek muka majikan 2 ngan airpanas biar dia rasa camana sakitnya…

  2. catalina permalink
    10 June, 2009 pm

    mereng dh kot majikan tu .. tu bkn manusia tp setan !!!

    • 11 June, 2009 am

      setuju2…ape punya majikan daaa….eh korang jgn lupa ke http://boraksakan.darkbb.com yea…tu portal chatting Borak Sakan…klu wat posting n topik korang dapat point…add member pun dapat point…mcm2 lg…banyak aktiviti yg akan diadakan kat sana…klu sambutan menggalakkan,borak sakan akan tubuhkan kelab borak sakan…syarat2nya akan borak sakan fikirkan…huhuhu…Top Poster akan dapat hadiah,tapi xtau lg hadiah ape…bila dah ada kelab tu mungkin akan ada aktiviti mcm gathering ke,ape ke…so harap banyak dapat support dr korang k…daa….

  3. jelita permalink
    11 June, 2009 am

    Kesian tol amah 2..dimana la hilang nilai kemanusiaan dlm diri seorg manusia..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: