Skip to content

Jue Aziz jadi gadis sopan

10 June, 2009

Bakat lakonannya mendapat perhatian produksi dan pengarah tempatan. Malah tawaran menjayakan lakonan juga tidak pernah putus buat gadis cantik yang diiktiraf Pemenang tempat ketiga, Malaysian Most Beautiful 2006 itu.

SUKAR menidakkan kehadiran wanita yang sinonim dengan imej seksi, Zuliana Ab Aziz, 26, atau Jue Aziz dalam pentas lakonan tanah air.

Lebih 20 drama dijayakan oleh anak bongsu daripada lima beradik ini antaranya Dua Hati, Impak Maksima The Series, Manjalara, Jangan Main Belakang, Rahsia Cinta, Aku Untukmu dan Orang Minyak Naik Minyak.

Untuk drama terbaru, Jue menjayakan drama bersiri untuk slot Samarinda di TV3, Cinta Itu Milik Kita terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB). Menerusi drama 25 episod itu Jue membawa peranan sebagai Jana.

“Dalam drama ini watak Jana seorang gadis yang sopan dan baik. Dia seorang yang tegas dan suka bekerja. Jana bertugas sebagai pembantu peribadi berdepan dilema dalam kehidupannya. Sebelum ini dia sudah ditunangkan oleh keluarga begitupun dia langsung tidak pernah bersua muka dengan tunangnya itu. Sebaliknya hanya melihat dan mengenali wajah tunangnya melalui gambar.

“Drama ini juga mengisahkan konflik yang berlaku dalam keluarga. Apabila membabitkan ibu bapa yang cuba campur tangan mengenai segala urusan anak mereka termasuk dalam soal pemilihan pasangan hidup,” katanya. Nama Jana yang bermaksud cahaya syurga menampilkan Jue seorang gadis sopan dan baik budi pekerti. Di samping Jue turut membintangi drama itu ialah Adi Putra, Dynaz, Fauziah Gous dan Puspha Narayan.

Biarpun dilabel antara artis yang menyerlah dengan penampilan seksi dalam drama lakonannya, Jue menidakkannya, sebaliknya menjelaskan watak yang dijayakan dalam drama mahupun filem dengan karakter yang berbeza dan seimbang.

Dia juga seronok menjayakan watak seorang pendidik dalam siri Cerekarama, Farhana yang disiarkan di TV3 pada 16 Mei lalu.

“Memang satu pengalaman menyeronokkan. Paling terasa ketika menyambut Hari Guru. Ketika menjayakan watak Cikgu Farhana itu saya terharu apabila anak murid merancang satu majlis khas dengan kejutan pada hari berikut. Sebelum ini, saya juga pernah membawakan watak guru namun penceritaannya berbeza dengan telemovie itu.

“Bukan saja imej perempuan seksi atau penggoda malah saya juga pernah membawakan watak gadis sopan bertudung seperti dalam telemovie Takbiratul Ihram untuk siaran Hari Raya ini, Nur Hidayah (RTM) dan Intan Sayang Manja (TV3),” kata Jue yang membuat kemunculan di layar perak menerusi filem Anak Mami The Movie dan Tipah Tertipu.

Dalam pada itu, Jue turut menantikan tawaran menjayakan filem yang belum boleh dimaklumkan butiran lanjutnya. Dia juga lebih suka memberi tumpuan kepada telemovie terlebih dulu sebelum memikirkan menerima tawaran filem dan drama bersiri yang membabitkan tempoh penggambaran yang panjang.

“Jika tiada aral dua filem yang bakal memulakan penggambarannya pada September ini. Satu daripadanya berbentuk filem aksi. Setakat ini saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai filem ini kerana banyak perkara yang perlu mendapat kata putus,” katanya.

2 Comments leave one →
  1. flowerHoRN permalink
    10 June, 2009 pm

    sopan konon eeee geli jerk aku ngan minah ni brlakon leh ar……..realiti hampeh……….

  2. catalina permalink
    10 June, 2009 pm

    aku sokong .. dia ni gedik lebih ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: