Skip to content

Zed Zaidi mahu jual kopi

10 June, 2009

Malah, kata Zed atau nama sebenarnya, Rozaizi Jamil, 29, yang juga Pengarah Urusan Dzed Resources Sdn Bhd (DRSB), sekalipun keutamaannya kini kepada perniagaan, dia tetap ingin memastikan kedua-dua bidang yang diceburinya itu bergerak seiringan.

“Saya menceburi bidang perniagaan kerana menyedari bidang seni ada pasang surutnya. Apatah lagi, dalam zaman kemelut ekonomi global yang melanda di seluruh dunia sekarang.

“Saya percaya bukan saja artis, tetapi semua orang tidak kira apa saja profession perlu membuat persediaan awal pada zaman kegawatan ini.

“Sampai bila saya akan terus berlakon kerana usia semakin meningkat? Pada masa sama, saya ingin memberi laluan pada bakat baru sedia ada, sekali gus mewarnai persada seni tanah air.

“Apapun, tawaran berlakon tidak pernah putus diterima sampai sekarang. Apa yang penting, saya perlu bijak membahagikan masa antara lakonan dan perniagaan kerana saya tidak mahu prestasi lakonan terjejas kerana sibuk buat bisnes,” katanya.

Zed yang juga pemegang Ijazah Pentadbiran dan Undang-Undang (Universiti Teknologi Mara) dan Diploma Sains Komputer (Universiti Putra Malaysia) ini berkata, sebenarnya, dia sudah mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sebelum bergelar pelakon lagi.

“Kini, saya sudah mempunyai tiga syarikat. Selain DRSB, saya juga mengembangkan lagi perniagaan dengan menubuhkan dua lagi syarikat iaitu DMB Kembara Sdn Bhd (DKSB) dan Bintang Dahlia Sdn Bhd (BDSB) yang terbabit dalam pengurusan hartanah.

“DRSB membabitkan pengurusan acara, penyewaan khemah dan sudah beroperasi selama dua tahun. DKSB pula membekalkan barangan saintifik dan peralatan untuk universiti termasuk pengurusan restoran. Terbaru, saya merancang untuk menubuhkan rangkaian produk kopi pula di bawah pengurusan DRSB,” katanya.

Mengenai perkembangan kerjaya seni pula, Zed yang turut berlakon dalam drama menarik, Jula Juli dan Samarinda Kisah Yusoff berkata, dia baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri sebanyak 24 episod, Teratak Mahligai untuk saluran RTM.

“Drama ini membabitkan lokasi penggambaran di Lumut dan Pulau Pangkor, Perak. Saya membawa watak Shukri, budak kampung yang bertukar menjadi anak orang kaya. Ia dibintangi Zizan Nin, Dian P Ramlee, Nabila Huda dan Nisha Dirr. Saya juga akan beraksi dalam projek drama untuk Ramadan tidak lama lagi,” katanya.

One Comment leave one →
  1. jelita permalink
    11 June, 2009 pm

    Macam ni la kalo mahu berjaya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: