Skip to content

Dayana ‘jururawat’ Anak Wayang

13 June, 2009

MINGGU pertama program realiti Anak Wayang yang membuka tirai saingannya pada Jumaat lalu menyaksikan si gadis bernama Nur Dayana Kamsun Baharin, 18, berjaya untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

DAYANA memegang watak sebagai jururawat bernama Intan dalam drama bersiri Kecuali Cintamu.



Mengenepikan saingan terdekatnya, Nor Shafiza Iskandar Azizan atau Feeya 20, kemenangan itu membolehkan Nur Dayana yang lebih mesra disapa Dayana memperoleh peluang untuk muncul di dalam drama bersiri Kecuali Cintamu.

Bersiaran Isnin hingga Jumaat di saluran Prima (saluran 105, Astro), menerusi drama itu, Dayana akan melakonkan watak jururawat bernama Intan.

Bagaikan satu hadiah yang cukup istimewa, Kecuali Cintamu seakan pentas untuk Dayana melonjakkan nama di bidang lakonan sementelah dirinya turut digandingkan dengan nama-nama hebat antaranya Haleeda, Aman Shah, Janet Khoo, Zain Ruffedge, Nanu Baharudin dan Mustapha Kamal.

Sungguhpun begitu, perjalanan Dayana masih terlalu awal.

Untuk bergelar juara Anak Wayang, dia perlu melalui beberapa lagi peringkat ujian yang akan dinilai sendiri oleh penonton.

Menambahkan lagi cabaran, dia bakal menghadapi saingan daripada empat lagi rakannya yang akan menyusul untuk minggu-minggu mendatang.

Selepas minggu pertama memperlihatkan Dayana berjaya membawakan watak sebagai jururawat, minggu kedua Anak Wayang pada semalam pula meneruskan pentas dalam mencari juara bagi watak mekanik dan seterusnya pengurus acara (minggu ketiga), kuncu samseng (minggu keempat) serta pembantu peribadi (minggu kelima).

Penilaian penonton melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dilakukan berdasarkan mutu lakonan kelima-lima mereka, termasuk Dayana, menerusi kemunculan dalam Kecuali Cintamu.

Seorang daripada mereka bakal menggenggam trofi juara Anak Wayang yang pastinya membuka ruang untuk meneruskan perjalanan dalam bidang seni lakonan.

Sementara itu, Dayana yang ditemui pada majlis pengumuman pemenang minggu pertama di Astro, Bukit Jalil, berkata, dia tidak menyangka akan dipilih sebagai pemenang minggu pertama memandangkan saingannya, Feeya juga punyai bakat yang besar.

Jelasnya, biarpun berjaya mengenepikan Feeya, dirinya menganggap kejayaan awal itu bukannya sebagai tanda aras untuk pantas berpuas hati kerana banyak lagi yang perlu dipelajarinya.

“Ini adalah pengalaman buat saya. Secara jujurnya, peringkat permulaan memang susah.

“Mujur ada guru-guru yang banyak memberikan tunjuk ajar,” katanya yang menjadikan Nasha Aziz, Liyana Jasmay dan Elly Suriyati sebagai idolanya.

Jelasnya, bidang lakonan adalah bidang yang sudah lama ingin diceburi tetapi rezeki umpama tidak memihak kepadanya.

Suka kepada watak-watak yang mencabar, usahanya memasuki Anak Wayang adalah untuk menebus kekecewaan lalu kerana dia pernah ditipu oleh seseorang sebelum ini.

“Dahulu saya pernah mencuba nasib untuk bergelar pelakon. Semasa menghadiri sesi uji bakat di sebuah agensi, saya diminta menyediakan sejumlah wang.

“Selepas menyerahkan wang berkenaan kepada pihak tertentu, mereka kemudiannya mendiamkan diri sehingga kini. Itulah kesilapan saya,” ujarnya.

Kata Dayana, memandangkan usianya masih muda, dia tidak lupa akan masa depan apabila menyimpan impian untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej swasta.

Memilih bidang bisnes, sudah tentu lakonan dan pelajaran akan diseimbangkan agar kedua-duanya berjalan seiring.

Anak Wayang yang bersiaran di saluran Ria (saluran 104, Astro) pada setiap Jumaat membariskan empat tenaga pengajar profesional iaitu Marlia Musa (guru lakonan), Mohd. Kamaruzaman Taib (guru skrip dan analisis), Fauziah Nawi (guru lakonan dan vokal) serta Hamzah Tahir (guru olah tubuh).

Pada setiap minggu, juri akan memilih dua daripada lima peserta untuk dikekalkan dan pemenang mingguan ditentukan oleh undi penonton.

Keputusan undian SMS akan hanya diketahui dengan menonton drama bersiri Kecuali Cintamu pada Isnin, pukul 8.30 malam di Astro Prima.

Apa kata penerbit?

Dalam pada itu, Penerbit Anak Wayang, Noor Haina Itam yang diajukan persoalan mengenai pemilihan Dayana berkata, ia sememangnya satu pilihan yang tepat dilakukan oleh juri dan penonton.

“Namun, bagi saya, semua ada bakat. Baik Dayana, Feeya dan semua peserta Anak Wayang, mereka ini masih baru dan tidak ada asas kuat dalam lakonan.

“Menerusi empat tenaga pengajar yang disediakan, kami berharap setiap peserta dapat mengaut seberapa banyak ilmu,” tambahnya.

One Comment leave one →
  1. trAnForMers permalink
    13 June, 2009 pm

    hmmm….. x amek pot

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: