Skip to content

Hijjaz lamar Salima

13 June, 2009

SEPI daripada publisiti tidak bermakna Nur Salima Habibi atau Salima sudah meninggalkan dunia seni. Sebaliknya gadis yang pernah mencetus fenomena baru apabila menjadi peserta tunggal bertudung ketika menyertai program realiti, Akademi Fantasia musim keempat (AF4) yang lalu.



Penuntut semester kedua, Diploma Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam sebenarnya masih aktif memenuhi undangan menjayakan persembahan di majlis tertentu.

Selain meneruskan usaha mempromosikan album kompilasi, Anugerah dan single berjudul, Kisah Kasih.

Salima ketika dihubungi memaklumkan masih aktif dalam bidang seni selain mempromosi album dia juga dijangka tampil dengan lagu rentak Arab jika segalanya berjalan lancar.

“Walaupun sudah lama dilancarkan, promosi untuk album Anugerah yang menampilkan kompilasi lagu daripada 12 artis tanah air masih giat dijalankan. Album ini memang tidak diedarkan di kedai muzik begitu juga lagu single. Justeru sebagai artis saya memainkan peranan mempromosikannya. Termasuk menjualnya di setiap konsert dan persembahan yang saya sertai.

“Setakat ini saya merancang untuk menghasilkan album penuh. Terutama membabitkan lagu Arab. Begitupun, saya belum jumpa lagu dan komposer yang sesuai untuk melaksanakannya. Mungkin saya akan memilih lagu irama Timur Tengah untuk single yang akan datang,” katanya.

Dia yang dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk memberi sokongan kepada salah seorang saudaranya yang menyertai pertandingan nyanyian Bintang Klasik RTM peringkat Zon Utara turut memberitahu mendapat tawaran daripada pihak Hijjaz Records Sdn Bhd sebagai artis rakaman mereka begitupun segalanya masih dalam peringkat perbincangan.

“Setakat ini saya sudah ditawarkan menghasilkan album. Malah ada juga beberapa komposer yang mahu bekerjasama begitupun segalanya masih dalam perbincangan,” katanya.

Selain menyanyi, dia turut terbabit dalam lakonan apabila membintangi drama, Aduhai Jiranku arahan Din Glamor untuk siaran RTM.

Menyedari saingan dunia seni yang semakin mencabar dengan kehadiran artis baru dan keadaan ekonomi yang tidak menentu, Salima juga turut menceburkan diri dalam perusahaan makanan.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: