Skip to content

Pornografi telefon bukan kesalahan?

13 June, 2009

PADA satu persidangan kemanusiaan yang diadakan beberapa minggu lalu, salah satu topik yang dibincangkan ialah mengenai hobi golongan belia yang gemar bertukar-tukar gambar bogel mereka melalui telefon bimbit. Hobi yang dikenali sebagai sexting ini menurut para penceramah tidak seharusnya dikenakan hukuman pornografi kanak-kanak seperti di Amerika Syarikat (AS).


PAKAR-PAKAR berpendapat bertukar-tukar gambar bogel melalui telefon bimbit dianggap bukan satu kesalahan.

Peter Cumming seorang profesor madya di Universiti York di Toronto, Kanada telah mempersembahkan satu kertas kerja mengenai Seksualiti kanak-kanak di Kongres Sains Kemanusiaan dan Sosial yang ke-78 mempertahankan amalan tersebut sebagai variasi moden permainan doktor atau spin-the-bottle iaitu satu bentuk permainan di parti-parti remaja.

“Teknologi tidak mengubah keadaan dan kesannya sangat serius.

“Tetapi ia mengaburi fakta di mana kanak-kanak dan golongan muda merupakan makhluk seksual yang telah mendalami seksualiti mereka pada setiap masa dalam semua budaya dan tempat,” kata Cumming.

Persidangan tahunan yang diadakan kali ini di Universiti Carleton Ottawa telah menghimpunkan 8,000 penyelidik dari seluruh dunia bagi membincangkan trend sosial terbaru.

Sexting iaitu kombinasi perkataan seks dan teks telah menjadi tajuk-tajuk utama awal tahun ini selepas para pelajar di beberapa buah negeri di AS didakwa atas tuduhan pornografi. Mereka dikatakan berkongsi gambar-gambar bogel dan separa bogel bersama rakan-rakan mereka.

Pada bulan Mac lalu, tiga remaja perempuan telah menyaman seorang pendakwa raya Pennsylvania. Pendakwa raya tersebut telah menuduh mereka menjaja pornografi kanak-kanak selepas seorang guru menemui imej dari pinggang ke atas dua gadis yang hanya dilitupi sehelai coli dan satu lagi imej seorang gadis tanpa pakaian.

Menurut sepucuk surat yang dihantar kepada ibu bapa gadis-gadis tersebut, Pendakwa raya George Skumanik telah menasihati gadis-gadis itu supaya menjalani kursus tingkah laku selama lima minggu dan menjalani ujian dadah atau berhadapan dengan dakwaan.

Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika, penandatangan bersama aduan tersebut berkata, ugutan yang dilakukan Skumanik adalah tidak berperlembagaan dan dakwaan mahkamah boleh menyebabkan gadis-gadis tersebut dalam senarai berdaftar pesalah seks.

Langkah tersebut boleh melenyapkan sebarang prospek pekerjaan pada masa depan.

Pada kes-kes lain, seorang remaja lelaki Florida yang ‘kebosanan’ telah didakwa kerana menghantar gambar kemaluannya kepada seorang rakan wanita sekelasnya.

Sementara itu, seorang lagi telah disenaraikan sebagai pesalah seks kerana menghantar e-mel gambar bogel teman wanitanya yang berusia 16 tahun kepada keluarga gadis itu selepas satu pertelingkahan.

Menurut satu tinjauan yang dijalankan oleh sebuah organisasi perancangan keluarga AS yang diterbitkan pada Disember tahun lalu, 20 peratus remaja Amerika telah memaklumkan bahawa mereka telah mengambil bahagian dalam sexting.

Cumming berkata, pertimbangan untuk melabel seorang remaja sebagai pesalah seks kerana insiden sexting iaitu satu label yang kekal seumur hidup adalah tidak logik.

“Adalah sukar untuk melihat puluhan berita yang mengumumkan kanak-kanak ditangkap bermain spin-the-bottle, doktor atau poker bogel.

“Namun kebanyakan kes yang ditonjolkan mempunyai aras yang sama pengalaman aktiviti tersebut.”

Dalam kata lain, ujar Cumming, kanak-kanak ini bermain spin-the-bottle secara talian.

Beliau menegaskan, aktiviti secara talian seumpama itu adalah lebih selamat daripada permainan seksual tradisional. Ini kerana ia tidak melibatkan hubungan fizikal yang meningkatkan risiko kehamilan atau gejala jangkitan akibat seks (STD). – AFP

2 Comments leave one →
  1. trAnForMers permalink
    13 June, 2009 pm

    ??????

  2. puteriaquarius81 permalink
    15 June, 2009 am

    aik.. gitu plak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: