Skip to content

Rosyam enggan komen

13 June, 2009

KOMPLEKS Penyiaran Tuanku Mohammad di Senawang, Negeri Sembilan yang merupakan sebuah pusat penyiaran RTM yang baru dan tercanggih di negara telah menjadi medan pertempuran bagi 20 peserta akhir program realiti yang mencungkil bakat lakon, Pilih Kasih.


SHANIA (kanan) bersama Rosyam.

Menerusi Pentas Pilih Kasih yang diterajui aktor terkenal, Rosyam Nor itu telah menarik lebih dari 700 orang ramai dan ahli keluarga para peserta yang membanjiri auditorium bagi menyaksikan pentas yang memperaga bakat mereka dalam seni lakon.

Program usaha sama antara Suhan Movies dan RTM itu telah menemukan 20 anak muda yang berkeyakinan tinggi serta berbakat besar dalam bidang lakonan.

Mereka termasuklah bekas penyanyi kumpulan Flava, Ahdan. Manakala dua lagi peserta telah memiliki pengalaman dalam bidang lakonan apabila pernah muncul dalam beberapa drama ialah Ana Dahlia dan Iqbal Mazlan.

Bagaimanapun, seperti yang pernah disuarakan Rosyam selaku penerbit sebelum ini, Pentas Pilih Kasih akan memperlihatkan penyingkiran seorang peserta meskipun pada minggu pertama, justeru ia nampaknya telah diaplikasikan apabila anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan, Shania telah digugurkan dari senarai calon bagi bergelar juara Pilih Kasih.


ANTARA segmen yang mencabar kredibiliti peserta Pilih Kasih.

Shania yang berada di tangga tiga terbawah bersama Ahdan Zulin sebelum itu mendapat kritikan daripada juri tetap, Dr. Abu Hassan Hasbullah yang merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Komunikasi, Universiti Malaya serta juri jemputan, aktor dan pengarah Afdlin Shauki.

“Kami melihat Shania sebagai seorang yang cukup berbakat, namun dia gagal menonjolkan sepenuhnya bakat yang ada pada dirinya.

“Malah gerak-geri serta lenggok bahasa tubuhnya nampak agak kaku dan masih teragak-agak untuk dipamerkan,” jelas Abu Hassan yang mengangkat Bea Rameshan sebagai contoh peserta cemerlang dalam mempersembahan monolog individu.

Kesemua peserta telah diuji dengan tiga kaedah berlainan bagi melihat bakat masing-masing dari pelbagai aspek dalam seni lakon.

Antaranya peserta telah menjalani penggambaran drama pendek yang mana mereka dibahagikan kepada dua kumpulan dan mendapat bimbingan di bawah arahan pengarah drama popular, Along Kamaruddin dan Amie Maziah.

Kemudian, peserta turut mempersembahkan monolog secara individu selain mereka perlu membuat persembahan teater muzikal yang mengangkat tema, Sudirman Dalam Kenangan di bawah kelolaan pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima.

Kakak kepada Allahyarham Sudirman, Datin Rodiah Arshad turut meluangkan masa untuk hadir sama menyaksikan persembahan Pentas Pilih Kasih kali ini.

Rosyam bagaimanapun enggan mengulas dan berkongsi sebab utama beliau menyingkirkan Shania dari akademi seni lakonnya sendiri ini.

2 Comments leave one →
  1. trAnForMers permalink
    13 June, 2009 pm

    aku pun x nk komen ar…….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: