Skip to content

Raja Azmi bubuh anu dalam almari?

14 June, 2009

Kih… kih… kih… tergelak terguling-guling bila produser sensasi Raja Azmi hantar mesej filemnya yang panas iaitu Anu Dalam Botol dah tukar tajuk.

Kata Raja Azmi, anu yang nak dibubuh dalam botol tu tak jadi dimasukkan dalam botol tetapi nak disumbat dalam almari pula. Hai, macam-macamlah kisah produser panas ni.

Menurut Raja Azmi, dia sudah hantar skrip filem tu kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk dinilai selepas beberapa pihak mengkritik hasrat dia nak berdakwah menerusi filem.

Filem Anu Dalam Botol ilham Raja Azmi tu mengisahkan kehidupan mak nyah insaf yang menyesal kerana memotong kemaluannya tetapi dia tak boleh kahwin gara-gara tak ada anu.

Raja Azmi mendakwa filem itu adalah salah satu dakwah beliau untuk menceritakan kehidupan sebenar golongan tersebut yang patut dijadikan pengajaran.

Gara-gara mendapat banyak kritikan, Raja Azmi terpaksa hantar skrip filem tersebut kepada Jakim dan dalam minggu lepas dia mendapat reaksi positif dari pihak berkuasa agama itu.

“Jakim dah lulus filem Kak Mi. Dia orang kata skrip itu tak ada masalah. Cuma dia orang minta tukar tajuk dari Anu Dalam Botol kepada Botol Dalam Almari.

“Kak Mi tak kisah asalkan filem ini diluluskan oleh mereka cukuplah. Syukurlah hasrat Kak Mi nak berdakwah dengan cara yang macam ni tercapai juga,” katanya.

Antara pelakon yang layak ke peringkat akhir sebelum terpilih membintangi filem tersebut ialah Zizan Nin, Arja Lee, Kefli (AF3), Ryzal – untuk watak maknyah manakala Norman Hakim, Tonny Eusoff, Fauzi Nawawi, Nazim Osman dan Wan Raja pula akan memegang watak sebagai pasangan kepada maknyah tersebut.

2 Comments leave one →
  1. puteriaquarius81 permalink
    15 June, 2009 am

    x suka raja azmi …………. suma crita atau apa2 yg melibatkan dia mesti lucah.. gatal sokmo

  2. jelita permalink
    15 June, 2009 am

    btl 2..tak cover langsung..geli dgr tajuknyer..eeee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: