Skip to content

16 tahun dalam bidang seni, Amy Mastura tetap ‘Happy’

15 June, 2009

Orangnya lincah, senang didekati dan tidak pernah lekang dengan senyum di bibir. Kalau tidak diingatkan, mungkin ramai yang terlupa penyanyi genit ini merupakan isteri dan ibu kepada dua orang anak.

Amy Mastura Suhaimi atau Amy, 38, hanya ketawa kecil mendengar kenyataan itu. Hakikatnya, ia bukan pertama kali jurucakap Slimworld yang sudah memasuki tahun keempat pelantikannya ini mendengar usikan yang begitu.

“Selalu orang tanya saya tentang petua mengekalkan awet muda. Hakikatnya, saya tidak mengamalkan apa-apa petua langsung. Apa yang saya tahu, saya suka ketawa dan ceria sentiasa walaupun ada masalah.

Ceria itu kan pengubat duka. Mungkin itulah petuanya. “Dari segi penjagaan kesihatan, saya menjalani rutin yang sama macam orang lain juga. Jaga makan dan sesekali bersenam, tetapi tidaklah dilakukan dengan begitu serius sehingga saya terlalu fi kirkan tentang hal itu,” ujarnya sambil tersenyum..

Album baru selepas 3 tahun

Jika ramai rakan seangkatannya dulu sudah tidak aktif lagi dalam bidang seni ini, ia tidak berlaku kepada Amy Mastura. Selain masih sibuk dengan bidang lakonan dan pengacaraan, dia yang bakatnya dicungkil melalui pertandingan nyanyian Asia Bagus (1993) ini, tampil dengan album terbarunya yang juga merupakan album ketujuhnya, berjudul Happy.

“Tak sangka masa berlalu begitu cepat. Diam tak diam, dah 16 tahun saya jadi artis. Dalam tempoh itu, saya sebenarnya tak pernah berimpian besar. Saya hanya melalui sahaja perjalanan yang telah ditentukan kepada saya dalam bidang ini. “Alhamdulillah, saya anggap album terbaru ini sebagai rezeki buat saya setelah muncul dengan album Cinta, tiga tahun lalu..

Kalau diikutkan, macam tak percaya sahaja saya masih berpeluang buat album baru. Apapun, saya anggap ini sebagai hadiah buat peminat yang masih setia dengan saya,” ujar ibu kepada Adriana, 8, dan Adalia, 4, tahun ini lagi. Menariknya, album yang berkonsepkan ceria ini memuatkan lima buah lagu ciptaan Amy sendiri. Malah, dua buah lagu ciptaannya, Langkah Di Hatimu dan Lagu Happy turut diangkat menjadi lagu tema drama popular, Kasut Tumit Tinggi dan Si Comel.

“Selain lagu-lagunya yang semuanya ‘happy’, pembeli album ini akan bertambah ‘happy’ lagi apabila berpeluang menyertai peraduan dalam album ini. Hanya mereka yang memiliki album original sahaja yang berpeluang untuk memenangi wang tunai yang disediakan,” tambah Amy lagi yang turut muncul sebagai pengacara program Apa-Apa Aje, yang disiarkan di TV3 bersama Shamsul Ghau Ghau.

2 Comments leave one →
  1. jelita permalink
    16 June, 2009 am

    cantik n comel kak amy nih..

  2. puteriaquarius81 permalink
    16 June, 2009 pm

    btl btl btl……… comel sokmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: