Skip to content

Akibat taksub Hartawan lesap RM9 juta

15 June, 2009

NIAT isteri mahu melihat suami sembuh, akhirnya membawa musibah buat dirinya sekeluarga. Bukan sahaja sakit bertambah kronik, wang hampir RM9 juta juga diserahkan kepada seorang wanita yang diharap dapat menyembuhkan penyakit suaminya itu dengan segera.

Kesan terbakar dari pinggang ke kaki
Wanita minta wang berjuta

ISTERI mana yang sanggup melihat suaminya terlantar sakit. Namun malang buat isteri hartawan, niatnya untuk melihat suaminya sembuh kembali akhirnya membawa musibah buat dirinya sekeluarga. Bukan sahaja sakit suaminya ber­tambah kronik, lebih malang lagi harta sebanyak hampir RM9 juta habis begitu sahaja. Semuanya garagara bertemu seorang wanita di Klang yang diharapkan dapat menyembuhkan penyakit suaminya itu dengan segera.

Menurut Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, di peringkat awal selepas berubat dengan wanita itu, suami terbabit didapati sembuh sedia kala. Untuk lebih menyakini, suami isteri itu bertemu dengan doktor dan dia disahkan sudah sembuh. Namun kegembiraan pasangan itu hanya seketika. Pada suatu petang, suami itu memanggil isterinya secara mengejut dan menunjukkan sesuatu yang langsung tidak diduga oleh mereka.

“Mereka cukup terkejut apabila melihat semacam ada kesan terbakar yang berwarna hitam daripada paras pinggang hingga ke kaki suaminya. Bimbang dengan keadaan itu, pasangan hartawan itu sekali lagi bertemu dengan wanita di Klang. “Sejak itu, mereka berulang alik bertemu wanita itu dan wanita itu mula meminta duit sehingga tanpa disedari hampir RM9 juta sudah diserahkan kepada wanita ber­kenaan,” cerita Ahmad Dusuki, lulusan Syariah dan Undang-undang dari Universiti Al-Azhar.

Lebih malang lagi, bukan sahaja pasangan suami isteri itu sahaja yang menuruti wanita terbabit, malah ahli keluarganya yang lain turut terlibat sama terpengaruh dengannya. “Anak perempuan pasangan itu juga diperdayakan wanita itu dan sehingga kini masih mengikut wanita berkenaan. Selain bertemu, wanita itu juga mengadakan pelbagai upacara pelik seperti ‘berzikir’ yang dipercayai untuk menambahkan lagi kekuatan kepada diri wanita terbabit.

“Kita percaya itu merupakan satu ajaran sesat yang dibawa wanita terbabit dan dia menggunakan sihir untuk memperdayakan mangsanya supaya mengikut segala kehendak dirinya,” kata Ahmad Dusuki. Katanya lagi, sehinggalah pada suatu ketika isteri hartawan itu tersedar apabila melihat sudah sekian lama mengikuti wanita berkenaan, namun tiada langsung perubahan terhadap penyakit suaminya itu.

Sudah begitu banyak wang diserahkan yang akhirnya membuatkan wanita itu tekad untuk menghindari diri daripada wanita berkenaan. Sayangnya, anak perempuannya yang merupakan seorang doktor bersama menantunya masih tetap mengikuti wanita itu. “Alhamdulillah seisi keluar­ga itu dapat dipulihkan manakala suaminya masih lagi dalam rawatan seterusnya. Yang tinggal hanyalah anak perempuan bersama menantunya yang terus mengikut wanita terbabit.

“Apabila cuba menghubungi, anaknya itu seakan melarikan diri daripada keluarga. Kita yakin dia masih ber­hubungan dan masih terpengaruh dengan kesan sihir wanita itu,” jelas Ahmad Dusuki.

One Comment leave one →
  1. jelita permalink
    16 June, 2009 am

    bahayenyer..bersame2 la kite berdoa agak dijauhkan diri kite dan org disekeliling kite ngan sihir2 nih..amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: