Skip to content

Aku dan Mimpi lagu kisah cinta Amylea

15 June, 2009
“TERHENTI nafas dan degup jantungku, salahkah aku mencintaimu sepenuh hatiku, katakan sesuatu, jangan biarkan ku keliru, terus berlalu, tak daku menduga mengapa ini terjadi.”

Mungkin ramai tidak tahu bait-bait lirik lagu Aku dan Mimpi, ciptaan dan nyanyian Amylea Azizan itu secara zahirnya menyulam kisah percintaan bekas peserta One In A Million (OIAM) musim ketiga itu.

Menurut Amylea, kisah percintaan itu akan dirakamkan dalam bentuk klip video.

“Lagu itu sebenarnya adalah kisah cinta sebenar Amylea. Ia memaparkan kekecewaan dengan seseorang yang telah lupa diri.

“Apa yang pasti, sesiapa sahaja akan lebih faham (kisah percintaan saya yang tidak berhasil) apabila menonton klip video tersebut,” katanya.

Tutur Amylea, lagu tema drama Merah Puteh tersebut ialah metafora terbaik untuk mencurahkan kekecewaan dan kepasrahan yang terbuku dalam hatinya.

Kata Amylea, dia baru pulih dan “bernafas semula” daripada kisah cintanya yang tidak kesampaian.

“Saya dapat mengubat luka di hati kerana OIAM. Maklumlah saya betul-betul memberikan tumpuan sepenuhnya dalam OIAM. Sedikit-sebanyak membantu saya melupakan kekasih saya,” katanya.

Jelas penyanyi dari Alor Setar itu, dia tidak tahu apa yang terjadi kerana lelaki pilihan hatinya itu menyepi tanpa sebarang bicara untuk memutuskan cinta. Oleh itu, katanya, dia masih tidak mengetahui punca perpisahan tersebut.

Ditanya sama ada lagu tersebut berjaya menyampaikan perasaan kecewanya kepada jejaka misteri tersebut, Amylea berkata, dia berasa bekas kekasihnya itu tidak akan mengingati percintaan mereka.

Namun, ujar gadis ini, itu semua tidak pernah membuatkannya serik untuk bercinta lagi. Dalam nada ceria, Amylea turut berbicara tentang kriteria-kriteria lelaki idamannya.

“Dia tidak semestinya berbakat dari segi nyanyian. Mungkin menarik jika lelaki tersebut mempunyai bakat dari segi masakan ataupun seni pertukangan dan juga seorang yang lucu.

“Walaubagaimanapun, dia perlu faham keseluruhan kerjaya saya. Saya letakkan kerjaya prioriti nombor satu dalam hidup saya sekarang,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Amylea bakal mempromosikan album sulungnya, Selepas 3. Judul itu diberi nama sedemikian kerana album itu memakan tempoh masa tiga tahun.

Selain itu, Amylea sedang mengeluarkan lagu single dengan peserta OIAM3, Nine.

“Ia adalah satu kolaborasi yang sememangnya saya tunggu-tunggukan. Saya dah lama ingin berduet dengan Nine. Saya tidak tahu bila ia akan dikeluarkan,” katanya.

One Comment leave one →
  1. jelita permalink
    16 June, 2009 am

    Kisah cinta dilagukan mesti menarik ni kan..hehehehehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: