Skip to content

Ibu kawal Lisa Surihani?

15 June, 2009



Namun Lisa menepis dakwaan tersebut. Katanya; “Saya tidak layak untuk menilai apa kelebihan diri kerana saya masih dalam proses pembelajaran untuk memperbaiki diri. Saya masih anggap diri ini pelajar dan terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari. Tahap yang dikecapi sekarang masih belum cukup untuk membuatkan saya berada di kedudukan selesa,” jelas Lisa yang ditemui di lokasi penggambaran filem ‘Lagenda Budak Setan’ di Langkawi hujung minggu lalu.

Turut menemani Lisa ketika temu bual tersebut diadakan adalah ibunya sendiri, Puan Siti  Amira Ahmad, 56, yang setia menunggu. Timbul pertanyaan, adakah sejak timbul gosip cinta anaknya dengan aktor kacak, Farid Kamil membuatkan ibunya sentiasa berada di sisi untuk mengawal pergerakan Lisa? Ditanya hal itu pada Puan Siti Amira yang membahasakan dirinya ‘auntie’, katanya, dia sama sekali mena_ kan kehadirannya di lokasi penggambaran adalah untuk mengawal kehidupan anaknya.

“Setelah ayahnya meninggal tahun lalu kerana penyakit kanser, auntie menjadi tempatnya mengadu. Kalau ‘outstation’, auntie memandu untuk membiarkan dia tidur dan berehat sebab auntie tahu dia penat. “Sungguhpun dia penat tapi auntie lihat dia gembira dengan apa yang dibuat sekarang. Apa yang penting, auntie mahu lihat dia bahagia dengan kerjaya yang diceburi. Dia tak perlu peneman pun sebab auntie yakin dia tahu jaga batasan dalam pergaulan,” ujar ibu Lisa yang peramah ini. Menyentuh tentang gosip cinta Lisa Surihani dengan Farid Kamil, katanya, “Auntie tahu mereka hanya berkawan baik malah dia berkawan dengan sesiapa sahaja yang ditemui.”

One Comment leave one →
  1. jelita permalink
    15 June, 2009 pm

    Bgs 2..dibwh kawalan ibu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: