Skip to content

Nabil mula cari cincin kahwin

15 June, 2009

Lumrah alam, ada yang kurang menyenangi melihat kelibat keduanya seperti belangkas, ke mana-mana sahaja bersama. Tidak kurang pula yang mendoakan keduanya agar disatukan ke jinjang pelamin. “Dia memberi semangat kepada saya di dalam kerja dan sering membuatkan saya gembira. Mengulas isu itu, saya berpendapat sekiranya melihat kami berdua saling bersama ke mana sahaja dengan melihatkan kami sering keluar di majalah adalah dua benda yang berbeza.

“Bergambar dan disiarkan media, bukan bidang kuasa saya. Masing-masing ada kerja, jadi tidak benarlah jika mengatakan kami dilihat bersama. Pada saya, pasangan bercinta yang lain pun sama seperti kami. Keluar bersama, itu sesuatu yang normal,” jelasnya. Bagaimana pula apabila menghubungi Irma, pasti Nabil berada di sisi? “Jika ada majlis yang berkaitan, mungkin itu benar tetapi jika diikutkan ada juga ‘job’ Irma, pengurus saya yang uruskan,” terangnya.

Khabarnya ibu Nabil juga sudah menyuarakan untuk melihat kalian mendirikan rumah tangga?
“Memang betul, mak dah tak sabar tapi pada saya pula belum masanya lagi. Mungkin dalam setahun atau dua tahun lagi,” katanya.

Ibu Irma pula bagaimana?
“Saya dah jumpa mak Irma dan dia harap agar kami mempercepatkan majlis perkahwinan tetapi saya masih belum bersedia dan saya sudah pun menerangkan situasi yang sebenarnya,” jelas Nabil. Nabil bersikap terlalu terbuka, tidak risau nanti semua ini akan memerangkap diri dan kemudiannya membuatkan peminat mula kurang senang?

2 Comments leave one →
  1. atiem permalink
    16 June, 2009 pm

    kalau dah jodoh tak kemana……….. biarlah apa orang nak kata…….. yang penting pandai jaga diri kita dan tahu sapa sebenaarnya kita…… yang lain tu toksah dok amik peduli sangat…. but apapun as artis penting juga nak jaga hati peminat… kalau tak dijaga tak lamalah ko glamor tu…. hiihi…… dont give up to nabil n irma…….cau……..

  2. jelita permalink
    16 June, 2009 pm

    btl 2..hihihi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: