Skip to content

Perbicaraan saman terhadap Mawi World 2 November

15 June, 2009

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 2 Nov bagi perbicaraan saman RM1 juta yang dikemukakan oleh syarikat minuman Yassa Sdn Bhd terhadap Mawi World Sdn Bhd bagi pelanggaran hak harta intelek.

Tarikh itu ditetapkan di dalam kamar oleh Timbalan Pendaftar Che Wan Zaidi Wan Ibrahim semasa pengurusan kes itu.

Saman itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Abang Iskandar Abang Hashim, kata peguam yang mewakili Yassa, Nasrul Hadi Mat Saad kepada pemberita di luar mahkamah.

Pada 31 Okt, 2006, Yassa melalui peguamnya Tetuan Abdul Aziz & Associates, memfailkan saman mendakwa Mawi World telah melanggar hak harta intelek dengan memasarkan air galian di bawah jenama “Mawi World”, menggunakan kandungan maklumat milik syarikat itu seperti lesen pengeluaran minuman air mineral dan alamat kilang minuman pada botol minuman itu tanpa memperoleh kebenaran syarikat itu.

Ia juga mendakwa botol minuman air galian yang menggunakan gambar penyanyi Mawi atau Asmawi Ani, 29, mengandungi maklumat mengenai sumber dan kandungan yang sama dengan air mineral Streamline keluaran Yassa.

Pada 14 Feb, tahun lepas, Penolong Pendaftar Kanan Noorasyikin Sahat menolak permohonan Mawi World untuk menggugurkan saman itu dengan kos.

Mawi World merayu terhadap keputusan itu, tetapi ia juga ditolak oleh mahkamah pada 18 Jun tahun lepas.

Mawi World diwakili peguam Juliana Mohamad.

One Comment leave one →
  1. jelita permalink
    16 June, 2009 am

    Saman jgn tak saman..hehehehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: