Skip to content

Tasya AF4 intim dengan VIP Sabah?

15 June, 2009

Seorang rakan berbisik kepada MH dan memberitahu bahawa dia terlihat kelibat seorang pelakon yang pernah bergelar pelajar AF4 iaitu Tasya berada dalam golongan VIP dalam satu majlis di Sabah. Lantas mata segera mencari sasaran orang yang dimaksudkan. Setelah diamati berkali-kali tidak salah lagi, gadis cantik yang berada bersama beberapa orang kenamaan itu memang benar adalah Tasya.

Lebih pelik, kehadiran Tasya bukanlah sebagai penyanyi sebaliknya hanyalah sebagai tetamu jemputan sahaja. Apakah kaitan pelakon yang juga merupakan bekas kekasih hati Aqasha ini dengan orang kenamaan dan majlis tersebut? Apakah Tasya mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana VIP dalam majlis tersebut? MH sempat menghubungi Tasya untuk mendapatkan penjelasan daripadanya.

“Sebenarnya, Tasya hadir ke majlis tersebut bersama kakak angkat. Masa tu, Tasya ke Sabah jumpa dia (VIP). Alang-alang dah ada kat sana, Tasya ikutlah dia. Jadi, tidak timbul isu Tasha bercinta ataupun dibela orang kenamaan semata-mata mengikut mereka ke majlis tersebut,” kata Tasya tegas.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: