Skip to content

Tomok buktikan dia tidak sombong

15 June, 2009

BARU-BARU ini, juara One In A Million (OIAM) musim ke-3, Shah Indrawan Ismail atau Tomok mengaku kesilapannya yang dikatakan sombong oleh segelintir peminatnya.

Tomok dan Isma meraikan peminat mereka selepas kejayaan mereka dalam OIAM3 dan AF7 di kediaman mereka di Cheras baru-baru ini. -foto mStar oleh SITI AZIRA

Namun begitu, jejaka berusia 25 tahun ini tidak menyalahkan peminatnya semata-mata kerana akur dengan situasi dia tidak mampu memuaskan hati semua pihak apabila berhadapan dengan ribuan orang.

Malah, Tomok masih tidak lepas meraikan peminatnya apabila membuat majlis kesyukuran di kediamannya di Cheras baru-baru ini.

KELUARGA AF7: Aril, Qhaud, Akim, Rini dan Cikgu Shafi turut dijemput memeriahkan majlis.

Majlis tersebut turut dilakukan untuk meraikan kejayaan kakaknya, Ismaliza Ismail, 30 selepas mendapat tempat ke-5 dalam Akademi Fantasia (AF) musim ke-7.

Menurut Tomok, majlis itu berlangsung sejak pukul 11 pagi sehingga pukul 8 malam dan mereka menerima kehadiran tetamu yang tidak putus-putus iaitu terdiri dari kalangan ahli keluarga, peminat dan rakan-rakan.

Kata Tomok, makanan yang dihidangkan dimasak sendiri oleh ahli keluarga dan sanak-saudaranya secara gotong-royong.

“Mula-mula nak tempah ‘catering’ tetapi apabila membuat mesyuarat dengan ahli keluarga, kami memilih untuk memasak sendiri sebab ia lebih mengeratkan hubungan antara kami,” katanya.

Walaupun tampak letih, Tomok dan Isma tidak jemu melayan peminatnya.

Tomok dalam nada gembira turut meluahkan yang dia seronok apabila dapat meraikan peminat dan semua pihak yang menyokongnya selama ini.

“Alhamdulillah, selepas kejayaan saya baru-baru ini, sekarang baru saya mempunyai masa untuk meraikan peminat dan semua pihak yang menyokong saya sebagai tanda terima kasih saya kepada mereka.

“Saya berasa seronok apabila ramai yang hadir yang tak terkira jumlahnya sebab mereka datang tidak putus-putus dari pagi sampai malam.

“Selain keluarga, sanak-saudara, peminat dan kawan-kawan, ramai juga rakan artis yang hadir yang kebanyakannya alumni AF dan OIAM seperti Jaclyn Victor, Nine, Anith, Aril, Qhaud, Akim, Rini,” katanya dengan penuh teruja.

Tomok melayan peminatnya mengambil makanan mereka.

Majlis itu berlangsung dalam suasana ceria dan meriah dengan hidangan lauk-pauk yang menyelerakan seperti Nasi Minyak bersama lauk ayam masak merah, rendang daging, acar, mi goreng, apam balik, dan sate.

Selain itu, tetamu turut dihidangkan dengan persembahan nyanyian karaoke oleh ahli keluarga Tomok termasuk ibu dan ayahnya, Isma, abang ipar Tomok, Zul 2 By 2, Akim dan rakan-rakannya.

Ibu dan bapa Tomok begitu ‘sporting’ mendendangkan lagu lama dendangan Broery Marantika manakala Isma dan Zul turut menyanyikan lagu popular ‘Mawarku’.

Tetamu yang hadir bukan sahaja berpeluang mendengar hiburan dan menikmati juadah yang disediakan, malah mereka turut merakamkan gambar dengan Tomok, Isma dan rakan artis yang lain.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: