Skip to content

Ain masih sayang bekas teman lelaki

16 June, 2009

PERITNYA pengalaman putus bercinta. Terasa bagai hancur hatinya apabila kasih yang dibina sejak dua tahun lalu terhenti di tengah jalan.
Begitulah yang lalui pelakon muda, Ainul Aishah Azizun, 24, apabila bercerita mengenai kisah cintanya.



Cerita cinta bagaikan tiada noktah buat gadis manis yang berasal daripada Kuala Lumpur ini tidak ubah seperti omong-omongan.

Ainul atau mesra disapa Ain sebalik selesa untuk tidak mengulas lanjut mengenai hubungannya bersama seorang anggota kumpulan muzik indie yang terputus sejak Januari lalu.

Sebelum ini, satu persatu jejaka dikaitkan bersama pelakon yang pernah mencipta nama menerusi drama bersiri komedi Anak Mami ini.

Model dan pelakon kacak, Fizow Omar antara jejaka yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Ain suatu masa lalu.

Kemudian Ain dikaitkan mempunyai hubungan intim dengan kru produksi dalam drama lakonannya.

Biarpun jawapan yang diberikan agak klise bagi seorang artis sepertinya, namun dia mengakui melalui pengalaman yang cukup perit dalam bercinta.

“Memang saya berkawan dengan ramai orang. Setakat ini belum ada yang ‘special.’ Saya pula baru putus cinta Januari lalu. Memang perit pengalaman putus cinta. Perasaan kecewa memang ada begitupun saya tidak mahu menyalahkan sesiapa.

“Pengalaman ternyata mematangkan saya. Buat masa ini saya tidak mahu memikirkan mengenainya. Ada baiknya saya beri tumpuan kepada rakan-rakan dan keluarga. Walaupun masih sayang bekas teman lelaki namun hubungan itu tidak seperti dulu lagi. Kami masih berhubung antara satu sama lain cuma tidak begitu kerap,” katanya.

Ain yang pernah muncul sebagai Personaliti Celcom Harian Metro diperkenalkan menerusi filem Nana Tanjung turut aktif di pentas peragawati antara iklan komersial yang mengguna khidmatnya seperti Hotlink, Maxis, Maggie, Bursa Malaysia, iTalk TM, Clean & Clear, Acopal, RHB dan Jusco.

Selain berlakon Ain turut mengembangkan bakat dalam bidang seni menerusi pengacaraan beberapa program seperti pelancaran album The Lima, Dinner Date with Afdlin Shauki, sidang akhbar Gadis Melayu serta pengacara jemputan untuk portal hiburan, gua.com.my (gua).

Mengulas mengenai perkembangan seni Ain kini menjalani penggambaran drama, Kecuali Cintamu arahan Jamal Khan. Dalam siri 50 episod itu, Ain membawa watak Ambar yang muncul dari episod 15 ke atas. Ambar seorang penari bekas kekasih Azran (Riz Ainudin) bercinta dengan Badrul (Zain Ruffedge).

“Ini kali pertama saya digandingkan bersama Zain yang dianggap sebagai abang. Saya seronok digandingkan bersamanya. Nampak ada keserasian. Malah, keseluruhan kru dan pengarah juga banyak membantu,” katanya.

Penggambaran drama bersiri yang berlangsung di sekitar Kuala Lumpur turut membabitkan lakonan Nanu Baharudin, Haleeda dan Mustapha Kamal.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: