Skip to content

Hujahan bertulis 3 kes Norish-Hashimuddin difailkan 17 Julai

17 June, 2009

SHAH ALAM: Hujahan bertulis mengenai kes penjagaan anak, harta pencarian dan nafkah sementara aktres Norish Karman, 35, dan bekas suami, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, 61, akan difailkan pada 17 Julai ini di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Kes pertama iaitu penjagaan anak atau hadanah melibatkan perintah Hashimuddin mencegah Norish membawa anak-anak berjumpa dengan kekasihnya, Mohd. Luqman Mohd. Amin.

Kes kedua adalah tuntutan nafkah sementara Norish yang meminta Hashimuddin menyediakan wang nafkah anak-anak sebanyak RM4500, wang sewa rumah dan wang untuk dibayar kepada pembantu rumah.

Kes ketiga pula adalah keputusan membekukan harta-harta pencarian yang diperolehi oleh Norish sebelum ini seperti kereta Nissan Murano.

Tiga kes itu akan disebut pada 10 Ogos depan.

Menurut peguam syarie Akhbardin Abdul Kadir yang mewakili Norish memberitahu Norish tidak hadir ke mahkamah hari ini kerana tidak sihat.

Bagaimanapun, punca Hashimuddin yang turut gagal menghadirkan diri pula tidak diketahui.

Pada 27 April lalu, NK menuntut Hashimuddin membayar nafkah anak sebanyak RM1,500 setiap seorang bagi tiga anak hasil perkongsian hidup mereka.

Permohonan perintah nafkah sementara itu dikemukakan NK selaku plaintif mengikut peruntukan Seksyen 71 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

NK yang bercerai secara sah pada 15 Julai 2008 turut mengemukakan tuntutan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini supaya Hashimuddin (responden) menjelaskan bayaran bulanan sewa rumah RM5,000 dan RM900 bagi bayaran gaji pembantu rumah yang menjaga anak-anak mereka.

Pada 30 April lalu, Hashimuddin mendedahkan hubungan sulit NK dan kekasihnya, Mohd. Luqman Mohd. Amin serta mengeluarkan senarai kemudahan-kemudahan dan nafkah yang diberikan kepada NK untuk anak-anak selain menjawab isu kereta Nissan Murano.

Pada 7 Mei lalu, Hashimuddin menolak semua tuntutan yang dibuat untuk anak-anak Norish dalam proses sulh di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: