Skip to content

Perbicaraan kes saman Nur Fazura 9 November

17 June, 2009

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 9 November ini sebagai tarikh bagi perbicaraan saman RM500,000 yang difailkan oleh pelakon Nur Fazura terhadap sebuah akhbar tabloid dan pemberitanya.

Nur Fazura

Tarikh itu ditetapkan di dalam kamar oleh Penolong Kanan Pendaftar Nazri Ismail semasa pengurusan kes.

“Kami sudah sediakan semua dokumen yang diperlukan dan sudah bersedia untuk perbicaraan, yang akan didengar oleh Hakim Datuk Balia Yusof Wahi,” kata peguam defendan, Shaari Nor, ketika ditemui di luar mahkamah.

Dalam saman yang dikemukakan pada 30 Ogos 2005 itu, Fazura, 26, menamakan Perdana Production House Sdn Bhd, yang merupakan penerbit Mingguan Warta Perdana, sebagai defendan pertama, dan pemberita Haslinda Hashim sebagai defendan kedua.

Dalam kenyataan tuntutannya Fazura, yang membintangi beberapa filem, termasuk “Qaisy & Laila” serta “Gol & Gincu” mendakwa artikel yang bertajuk “Fazura Rela Dipenjara”, yang disiarkan di muka hadapan tabloid itu pada 29 Mei 2005, menjejaskan imejnya.

Beliau mendakwa artikel itu menampakkan seolah-olah beliau mengaku menyerang suri rumah Gerardine Mariana Wong, dan sanggup ke penjara kerananya, sedangkan menurutnya beliau tidak pernah membuat kenyataan itu.

Fazura dibebas dan dilepaskan oleh mahkamah majistret di sini daripada tuduhan mencederakan seorang suri rumah pada 22 September lalu.

Perdana Productions dan Haslinda dalam pembelaan mereka mendakwa artikel itu betul dan penerbitan artikel itu bukan bertujuan menjejaskan imej pelakon berkenaan.BERNAMA

3 Comments leave one →
  1. jelita permalink
    17 June, 2009 pm

    ish2 mcm2 kes la skrg nih..

  2. puteriaquarius81 permalink
    17 June, 2009 pm

    slh 1 cara nk kaya cepat adalah SAMAN…….. Yessss. rm500,000.. emmm banyak tuuuu

  3. catalina permalink
    18 June, 2009 pm

    dia ni artis ada class, stakat 500k tu kacang poi je ,, beg tgn yg dia bw pun dh puluh2 k

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: