Skip to content

Tony Eusoff terpaksa jadi orang munafik?

17 June, 2009

SELEPAS teater berbahasa Melayu pertamanya, “Bangsawan Naga Chini” tiga tahun lalu, Tony Eusoff tampil semula dengan lebih gaya.

SILBI (Mohd. Nor Fatih Mohtar) dan JUDA (Tony Eusoff)

Dalam teater ‘Mana Setangginya’, karya agung Sasterawan Negara, Datuk Noordin Hassan yang sedang dipentaskan di Istana Budaya pada 13-21 Jun ini, Tony Eusoff memegang watak utama Juda yang menonjolkan seorang pemuda yang bersifat munafik.

Lebih tepat, Juda bersifat “talam dua muka”.

Menurut jalan ceritanya, penduduk sebuah perkampungan nelayan menyara hidup dengan menangkap ikan dan menjual hasil ponhon setangginya. Nelayan ini dilarang untuk menangkap ikan pada hari Sabtu, iaitu hari beribadat.

Kumpulan nelayan yang derhaka di bawah pimpinan Hawar (lakonan Shaharuddin Thamby) telah berpindah ke atas bukit. Walaupun hidup mewah, mereka melanggar perintah. Kedatangan Uzza (Iqbal Taufik) selaku orang asing telah membawa falsafah baru dalam kehidupan mereka.

Juda, anak Hawar ingin mengahwini kekasihnya Iriam (Sabrina Ali), iaitu anak Ibra (Azman Abu Bakar). Tetapi Silbi (Mohd Nor Fatih)dan Subhat (Rudy De Luna Jr) menabur fitnah akan asal usul Iriam.

PERCINTAAN TIGA SEGI…Juda tersepit antara Megda (Norhana Othman) dan Iriam (Sabrina Ali Dad Khan)

Juda bermuka-muka akan kebaikannya untuk mengaburi penduduk kampung. Lalu, dia dan ayahnya mengiktirafkan kedudukan mereka sebagai ‘raja’.

Paderi yang menasihatkan Hawar dan Juda telah ditangkap oleh Uzza. Ibra dan Iriam datang membebaskan paderi tapi telah dikenakan syarat 10 bakul ikan sebagai tebusan. Iriam juga diserahkan kepada Uzza dengan persetujuan Juda.

Tiba-tiba turunlah ribut yang maha dashyat serta halilintar yang membelah suasana. Belut gergasi yang dibela Uzza akhirnya memakan tuannya serta membunuh Hawar. Akhirnya, Juda telah pun menemui sodom wa gamurahnya.

Secara lahiriahnya, sifat semulajadi Tony pula adalah syumul, kamil dan kuat pegang ajaran agamanya. Maka timbul persoalan mampukah pertentangan personaliti tersebut menyukarkannya untuk menjiwai karakter asing itu.

Untuk menampilkan dirinya sebagai Juda, Tony yang terharu dapat memegang watak utama hasil karya agung Sasterawan Negara, “Cikgu Nordin” menyelami maksud munafik itu terlebih dahulu.

“Seseorang yang munafik ialah orang yang paling menyeleweng, paling lari daripada kebenaran, paling teruk prinsip hidupnya.

“Saya kena faham maksud munafik itu baru boleh melakonkan Juda. Mula-mula, saya tidak faham maknanya maklumlah penguasaan bahasa Melayu tidak setanding tahap Sasterawan Negara,” kata Tony.

Tony yang ditemui selepas pementasan pra-tonton teater Mana Setangginya baru-baru ini berkata, dia memerlukan penjelasan selain berdialog dengan aktor-aktor lain untuk memahami makna munafik itu sendiri.

Tony Eusoff

“Selain itu, saya perlu peka terhadap isi-isi tersirat dalam skrip teater ini. Setiap ayat yang dihamburkan keluar dari mulut setiap pelakon sebenarnya mempunyai banyak nasihat, pengajaran dan teladan.

“Maknanya, ia boleh diguna pakai oleh setiap lapisan masyarakat pada bila-bila masa,” ujar pelakon berusia 32 tahun ini yang pernah dicalonkan untuk anugerah Most Promising Performer di BOH Cameronian Awards (2006) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin (TV3) 2008.

Oleh itu, Tonya menasihatkan para penonton teater ‘Mana Setangginya’ agar menghayati lakonan, subteks (maksud tersirat) dan pengajarannya.

Katanya, teater hampir dua jam itu dapat mencelikkan minda masyarakat mengenai kerakusan manusia yang merupakan punca segala konflik duniawi.

“Saya berbangga dapat menyampaikan mesej tersebut kepada masyarakat menerusi lakonan sebagai Juda dalam teater ini,” akuinya.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: