Skip to content

Kes pertama bukan import

18 June, 2009

PUTRAJAYA: Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun disahkan positif Influenza A (H1N1) dan kes itu adalah kes pertama penularan tempatan di negara ini.

Kes ke-19 itu satu daripada lima kes terbaru dikesan menjadikan keseluruhan kes H1N1 positif di negara ini 23 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata pelajar perempuan itu tidak pernah melawat negara diisytiharkan berlaku wabak H1N1.

“Dia mula menunjukkan simptom batuk dan selesema pada jam 9 malam 14 Jun lalu dan demam keesokan harinya.

“Pada pagi 15 Jun, dia mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan kemudian dirujuk ke Hospital Sungai Buloh jam 10 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Pelajar itu dipercayai dari Petaling Jaya, Selangor.

Mohd Ismail berkata, dalam siasatan dijalankan, mangsa kontak kepada kes ke-12 yang membabitkan seorang pelajar perubatan disahkan menghidap virus itu pada 13 Jun lalu.

“Bagaimanapun, mangsa tidak pernah diisytiharkan sebagai seorang kontak kes ke-12 itu dan ini menyebabkan pengawasan dan kuarantin awal ke atas mangsa gagal dilakukan dan menyebabkan 20 lagi kontak terdedah kepada jangkitan H1N1.

“Oleh itu, sangat penting semua kes disahkan positif H1N1 memberi kerjasama dan maklumat lengkap supaya pengawasan dan kuarantin awal dapat dilakukan serta mengelakkan risiko penularan kepada orang lain.

“Tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 boleh dikenakan terhadap mereka yang gagal berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata, kes ke-20 pula membabitkan seorang pelajar lelaki dari universiti awam tempatan yang membuat lawatan sambil belajar bersama 12 lagi pelajar dan pensyarah di Melbourne, Australia, selama tujuh hari bermula 7 Jun lalu.

“Dia pulang dari Melbourne dengan penerbangan Air Asia X D7 2723 dan sampai di Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), Sepang, pada jam 7.15 pagi 14 Jun (Ahad) lalu.

“Mangsa mula menunjukkan simptom demam pada jam 12 tengah hari sama dan hanya mendapat rawatan di sebuah klinik swasta pada jam 9 pagi Isnin lalu.

“Dia kemudian dirujuk ke Hospital Besar Tuanku Jaafar, Seremban dan disahkan positif H1N1 pada jam 6 petang, 16 Jun (Selasa) lalu dan rawatan anti viral telah dimulakan.

“Turut bersama mangsa ke-20 itu ialah mangsa kes ke-17 yang disahkan positif H1N1 pada 15 Jun lalu dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh. Kami kini berusaha mengesan 37 kontak kes terbabit,” katanya.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: