Skip to content

Cat bermusuh dengan media?

19 June, 2009

SEBELUM ini, kecoh Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, atau Catriona Ross (Cat) dikatakan enggan menjemput para media untuk menghadiri majlis perkahwinannya yang akan berlangsung pada 27 Jun ini di Kota Bharu, Kelantan.


CAT sudah mengambil cuti sejak Mei lalu bagi membuat persediaan majlis perkahwinannya.

Mungkin kerana mahu kenangan perkahwinan mereka disimpan antara anggota keluarganya sahaja atau membuat majlis ini secara persendirian, maka pihak media lebih selesa berdiam diri daripada bertanya.

Tetapi beberapa hari lalu, Cat hadir ke pejabat Kosmo! dengan wajah yang penuh ceria bersama pembantu peribadinya sambil menghantar undangan melalui tiga keping kad jemputan kahwin.

Jelas, khabar angin mengenainya tidak benar sama sekali. Bila mengajukan soalan tentang keengganan menjemput teman media, Cat terus menggeleng kepala.

“Mana ada, tak mungkin saya tidak mengajak orang media. Mereka kawan-kawan saya. Itu semua satu pembohongan. kalau waktu bertunang saya dah menjemput semua orang, takkan masa kahwin nak diam pula.

“Lagipun saya tidak pernah bermusuh dengan media, takkan saya tak jemput. Saya bukannya seperti segelintir artis yang tidak mahu media hadir.

“Ini adalah hari kebahagiaan saya dan saya mahu orang yang mengenali saya turut gembira dan mendoakan kebahagiaan kami,” tuturnya berterus terang.

Bagi Cat, sejak dia kemalangan tiga tahun yang lalu, dirinya mula dikenali kerana bantuan media yang sering menyiarkan kisahnya.

Waktu itu juga, Cat seperti mempunyai semangat baru untuk terus bangun dan mencari rezeki seperti biasa,

“Banyak jasa media yang memperkenalkan saya kepada peminat sehinggakan saya rasa seperti dihargai dan disegani.

“Jadi, jangan salah anggap. Mungkin khabar angin itu muncul kerana kelewatan saya memberi kad jemputan kot,” selorohnya.

Teruja dengan persiapan kahwin

Biasanya, biarpun hari perkahwinan seseorang artis itu semakin hampir, mereka masih lagi sibuk bekerja.

Lain pula bagi Cat, pelakon berusia 29 tahun ini sudah pun mengambil cuti sejak Mei lalu.

Perasaannya begitu teruja sehinggakan setiap persiapan perkahwinannya, ingin dilakukan sendiri.

Sehinggakan persiapan perkahwinannya dilakukan seawal bulan Oktober tahun lalu dan segala persiapannya telah pun selesai, cuma menanti masa untuk bergelar Raja Sehari.

“Kawan-kawan semua tanya, tak ada penggambaran ke? Nak ikutkan memang ada. Tapi saya berhenti seketika untuk menghargai detik-detik sebelum hari perkahwinan saya.

“Rasa seronok dan teruja sangat. Ada juga rasa gementar, tetapi ia lebih kepada gementar untuk melihat berapa ramai yang akan hadir waktu itu.

“Sampaikan kalau boleh, semua benda saya nak buat sendiri walaupun tak menang tangan. Tetapi ada juga bantuan daripada kawan-kawan dari segi hantaran serta mendapat tajaan dari Amir Firdaus (YSA Wedding Consultant),

“Perancangan perkahwinan saya di Kota Bharu dan di pihak lelaki (Wangsa Maju, Kuala Lumpur) akan dikendalikan oleh Amir. Tetapi untuk majlis ketiga pula, iaitu di Bora Ombak, saya pula yang akan uruskan,” ujar Cat bersemangat.

Tambahnya, dia turut membuat cenderamata khas untuk tetamu-tetamunya yang hadir serta menghiasi meja beradab dengan bantuan Amir.

Pada hari perkahwinan Cat di Kota Bharu, majlisnya akan berlangsung bertemakan Melayu klasik manakala di belah pihak lelaki, majlis itu lebih kepada ala-ala Barat iaitu English Lavender. Di Bora Ombak pula, Cat lebih selesa dengan konsep taman.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: