Skip to content

Hazami jadi mahaguru Farith

19 June, 2009

MUNGKIN ramai yang memandangnya sebagai penyanyi amatur kerana karier nyanyiannya yang baru bermula.
Namun, menyelami semangat juangnya yang tinggi bukan sebarang orang dapat mengharungi cabaran melainkan punya jati diri seni yang tulen.

Lima tahun menanti dalam penuh kesamaran, satu tempoh yang cukup untuk membuatkan kita menyerah kalah namun, tidak pada pendatang baru, Farith Taib, 28, atau lebih mesra dengan panggilan Farith ini.

Selepas menyertai pertandingan Malaysian Idol pada 2004, dia yang sekadar berjaya memboloskan diri sehingga peringkat ‘wild card.’

Tidak mengenal erti jemu, pemuda berkulit sawo matang ini mencuba pula nasib dengan menyertai program Mentor musim pertama.

Namun, belum sempat beraksi di pentas sebenar dia terlebih dulu kecundang dalam pertandingan itu apabila Hazami selaku mentor terpaksa memilih seorang saja peserta sebagai protegenya dan keputusan itu berpihak kepada peserta wanita, Rahayu Baharudin (Ayu).

Pun begitu, menyedari pemuda ini berbakat besar dan memliki vokal cukup unik penyanyi, komposer, penulis lirik dan produser album itu melamar Farith sebagai artis rakamannya.

Sejak mengerjakan pembikinan album awal tahun lalu, kini Farith boleh menarik nafas lega apabila penantian lima tahun berakhir dengan kemunculan album pertama diberi judul Dinamik Cita dan Cinta yang dijangka melewati pasaran Julai nanti.

“Saya rasa bernafas sedikit sekarang ini. Namun, kalau hendak kata lega sangat itu tidaklah kerana banyak lagi cabaran yang harus saya tempuhi.

“Misalnya, strateginya ialah menempatkan diri dalam arena seni suara, sekali gus memastikan kehadiran serta album saya diterima.

“Sebagai penyanyi, kita harus percaya dengan bakat yang ada, jika tidak bagaimana orang lain hendak percaya dengan bakat kita,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai pembikinan album pertama, setakat ini tujuh lagu selesai dirakamkan sementara baki tiga lagu lagi bakal disempurnakan dalam masa terdekat ini.

Menampilkan lima lagu balada dan lima rancak, sebagai permulaan dua single akan diketengahkan terlebih dulu iaitu Merindu Cinta dan Haruskah yang mana kedua-duanya adalah hasil sentuhan Hazami.

“Dua single diketengahkan dengan harapan ia dapat memperkenalkan saya kepada umum. Saya berharap pendengar menyukainya dan memiliki album ini,” katanya.

Memilih judul album Dinamik Cita dan Cinta, Fariz memaklumkan lagu yang terkandung dalam album itu menggambarkan keadaan sebenar yang dilaluinya demi mengejar cita-cita sebagai penyanyi.

“Dinamik dalam nyanyian ada naik dan turunnya. Begitulah juga perjalanan hidup saya. Dek terlalu, berkehendakkan sangat impian ini saya tidak bekerja dari 2006 sampai sekarang demi memberi sepenuh perhatikan pada pembikinan album.

“Walaupun ada ketikanya berasa rugi dan ketinggalan lebih-lebih lagi melihat ramai kawan-kawan yang sudah berjaya dan stabil di usia sebegini, namun saya percaya setiap kesabaran pasti ada hikmahnya.

“Saat yang dinanti kini sudah pun tiba dan peluang berada di depan mata tidak sekali-kali saya persiakan,” katanya.

Ditanya apa yang membuatkannya terus bersabar dengan janji Hazami, selamba Farith menjawab dia begitu percaya dengan hasil kerja mentornya itu.

“Bukan tidak boleh terbitkan album atau single sendiri malah, ibu saya pernah menawarkan peluang itu kerana ingin merealisasikan impian saya.

“Tetapi, terus-terang saya sangat percayakan kerja Hazami. Lagipun pembikinannya sudah dimulakan dan saya pula jenis yang tidak suka buat kerja separuh jalan. Lagipun, wang yang dilaburkan Hazami untuk album ini bukan sedikit,” katanya.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: