Skip to content

Tak kawal blogger

19 June, 2009

KERAJAAN tidak bercadang mendaftarkan blogger dan mereka bebas untuk menyampaikan maklumat dalam Internet tertakluk kepada undang-undang negara, demi menjaga keharmonian masyarakat, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

“Dalam proses menyampaikan mesej, walau apapun yang dikenakan pihak berkuasa, laman web masing-masing bebas untuk mencatat, menyampaikan dan memaklumkan sesuatu. Setakat ini kami tidak ada menyenaraikan atau mendaftarkan mana-mana blogger yang beroperasi dalam Internet, dan tiada cadangan untuk berbuat demikian,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang mendakwa kerajaan lebih menumpukan kepada menyekat kebebasan blogger.

Ketika menjawab soalan asal Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran), Dr Rais berkata media cetak dan elektronik tertakluk kepada pelbagai undang-undang untuk memastikan kandungan yang disiarkan tidak bercorak fitnah atau hasutan yang boleh memporak-porandakan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Beliau berkata, sebagai pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998), kandungan yang disiarkan penyiar swasta dikawal selia dengan rapi oleh kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan perlu mematuhi syarat khas lesen mengenai kandungan.

“Mengikut Seksyen 211 dan 233 AKM 1998 tindakan boleh diambil terhadap individu yang memberi kandungan yang bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau yang jelik. Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun, atau kedua-duanya.

“ Dari 2005 sehingga kini, sebanyak 24 kes membabitkan kompaun RM380,000 dan pihak penyiar swasta dikompaun atas pelbagai kesalahan mengikut AKM 1998 termasuk melanggar syarat lesen penyiaran,” kata Dr Rais. — Bernama

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: