Skip to content

Alasan Yuna

21 June, 2009

DIVA faham, jadi artis memang sibuk. Apatah lagi kalau terpaksa menjalankan dua pekerjaan dalam satu masa seperti menjadi pelajar universiti dan penyanyi macam artis baru, Yuna.


Sebenarnya ramai rakan media yang sudah lama menanti untuk mendapatkan slot sesi fotografi bersama Yuna. Bila sudah dapat, temu janji pula dibatalkan pada saat-saat akhir kerana kesibukan Yuna.

Tapi bila Yuna mula beri alasan klise untuk menolak permintaan media seperti balik kampung, Diva rasa itu sudah keterlaluan.

Janganlah menolak sehingga sanggup mengatakan pak cik meninggal dunia sedangkan dia sebenarnya terlibat dengan program terbitan RTM di Pulau Pangkor sehari selepas pak ciknya ‘meninggal’.

Kisahnya, Yuna sepatutnya terbabit dalam fotografi yang diaturkan pihak Anugerah Planet Muzik (APM) untuk mempromosikan artis indie bersama akhbar Kosmo!. Sehari sebelum fotografi, pihak APM menelefon memberitahu Yuna tidak dapat turut serta kerana pak ciknya meninggal dunia.

Tup-tup petang hari yang sama, seorang krew produksi RTM menelefon seorang teman Diva untuk meminta sedikit publisiti tentang program eksplorasinya itu. Nak dijadikan cerita, krew yang tak tahu cerita tipu Yuna telah terlepas cakap.

“Esok (pada tarikh fotografi yang dibatalkan Yuna) kami bawa Yuna ke Pulau Pangkor. Nanti kami akan bawa artis lain pula ke destinasi lain,” lebih kurang begitu katanya.

Terkejutlah teman Diva kerana pagi itu baru mereka ramai-ramai simpati dengan Yuna atas pemergian pak ciknya. Kemudian tiba-tiba wakil APM menelefon semula mengatakan Yuna tak jadi fotografi kerana ke Pangkor dan sebenarnya pak cik Stacy yang meninggal.

Eh, mana satu yang betul ni? Salah komunikasi agaknya. Minta maaf la Yuna kalau anda jadi mangsa salah faham. Tapi kalau tak sudi, katakan saja. Jangan berdolak-dalik. Bukankah itu lebih mudah?

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: