Skip to content

Hunny mimpi lirik

21 June, 2009

HUNNY MADU atau nama sebenarnya, Hani Farhana Mohd Hatim, 25, sedang membina nama dalam pelbagai cabang hiburan. Bermula dengan menyertai program Blast Off dan menjadi penyanyi untuk kumpulan Admonition, dia kemudian bertukar profesion sebagai deejay radio.



Selepas menunjukkan bakat di stesen Hitz FM pada Ogos 2007, dia menjadi deejay Xfresh FM pula selama dua bulan. Kini dia selesa di Fly FM sejak Julai tahun lalu.

Baru dua tahun menjadi deejay, Hunny Madu sudah tersenarai sebagai calon akhir Anugerah Shout menerusi kategori Penyampai Radio Paling Cool dan Program Radio Terbaik.

Tidak cukup dengan itu, dia muncul pula sebagai pengacara program Quickie di saluran 8TV sejak Januari lalu selepas melepasi tiga proses saringan uji bakat.

“Saya sukakan program Quickie kerana ia sangat bersahaja dan ringan. Malah saya berasa teruja dan tersanjung menjadi sebahagian daripada personaliti 8TV.”

Selepas bergelar deejay dan pengacara, dia masih mahu membuka ruang solo baru dengan membikin sebuah album mini yang diberi tajuk Hunny Madu dan mengetengahkan empat buah lagu karyanya sendiri.

EP itu disuntik eleman hip hop jazz dan muzik jawa.

“Ia sebuah pengenalan saya sebagai penyanyi kepada khalayak sebelum saya membuat album penuh yang dijangka diedarkan tahun hadapan,” ujar graduan Kewartawanan dan Perhubungan Awam dari sebuah universiti di Australia ini.

ILHAM TULIS LIRIK

SAYA menulis semua lirik untuk album mini saya. Biasanya sebelum buat lirik, ia akan muncul dalam mimpi. Bukan sekadar mimpi kosong tetapi mimpi yang mengilhamkan perkataan atau rangka cerita.

Bila bangun tidur saya akan tulis kembali berdasarkan mimpi saya itu dan terhasillah lirik-lirik yang anda dengar dalam lagu-lagu saya. Semuanya berkaitan dengan kehidupan sendiri dan punya sebab ia ditulis.

HUNNY Madu mahu menjadi deejay, pengacara dan penyanyi sekali gus.



FEEL MENYANYI

SAYA lebih selesa menulis dan membikin lagu sendiri supaya senang dapat feel ketika menyanyi. Sebenarnya saya kurang selesa untuk menyanyikan ekspresi orang lain. Susah nak ‘masuk’. Sebab itu semua lagu dalam album mini saya, saya bikin sendiri. Lagipun saya seorang yang sangat passionate.

ADA MASA DIAM

SAYA memang gemar bercakap tetapi ada masanya diam. Kalau ada orang nampak saya diam maksudnya itu adalah masa saya bertukar ke mood pemuzik dan harus menulis lagu. Apabila tiba masa mengacara, saya akan dapat bertukar kembali kepada mood bercakap saya.

DILAMAR PENERBIT THAILAND

SAYA memang teringin berlakon filem. Sebelum ini saya pernah mendapat tawaran berlakon daripada seorang produser dari Thailand tetapi terpaksa ditolak kerana sangat sibuk dengan jadual saya.

KELEBIHAN JADI DEEJAY

SERONOK menjadi deejay sebab saya boleh dengar lagu-lagu baru setiap hari. Saya juga dapat membuatkan orang lain iaitu pendengar berasa gembira. Saya juga dapat menjadi diri sendiri. Bercakap depan mikrofon macam bercakap dengan kawan. Saya gembira kerana dibayar untuk bercakap.

ERYKAH BADU

ANDA kenal Erykah Badu? Penyanyi R&B Amerika itu adalah sumber inspirasi dan mempengaruhi vokal saya. Saya gemarkan ton suaranya. Selain itu saya juga sukakan nyanyian Saloma, Rafeah Buang, Dayang Nurfaizah dan Lan Meet Uncle Hussain.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: