Skip to content

Jehan mahu kahwin

21 June, 2009

Itu cerita lima tahun lalu. Kini, Jehan Miskin, 30, kian matang dalam menafsir erti sebenar kehidupan, bahkan mula terdetik di hatinya mahu menikmati kebahagiaan hidup berumah tangga sepertimana insan lain.

PERNAH dia bersuara tidak percaya dengan institusi perkahwinan dan kerana itu dia tidak bersedia mendirikan rumah tangga. Luahan ikhlas itu pernah menjadi perdebatan antara penulis dengan aktor kacak ini.


Perubahan positif itu sekali gus bakal membuka lembaran baru dalam hidup jejaka bertubuh sasa ini.

“Dulu saya skeptikal dengan perkahwinan. Mungkin kerana ketika itu saya melihat perkahwinan ramai rakan saya gagal. Ia secara tidak langsung memberi kesan kepada saya hinggakan berasa tak mungkin saya mampu memikul komitmen ketua keluarga kerana ia terlalu berat.

“Bagaimanapun, seiring dengan peningkatan usia, pandangan saya terhadap permasalahan ini mula berubah. Saya sedar institusi perkahwinan tidak patut disalahkan, sebaliknya kita kena mengkaji daripada banyak aspek serta mengambil kira qada’ dan qadar.

“Bila dikaji balik, meskipun jodoh orang dulu diatur keluarga, mereka bahagia hingga ke akhir hayat. Orang sekarang berkahwin atas dasar suka sama suka belum tentu bahagia.

“Kes cerai makin meningkat dan kerana itu kita perlu mencari jalan atau cara relevan bagi memastikan perkahwinan yang dibina berjaya,” katanya.

Ditanya sudahkah bertemu pilihan hati untuk disunting sebagai suri hidup, sambil tersenyum Jehan berkata, setakat ini belum bertemu yang sesuai dan akan terus mencari.

“Siapa tidak mahu hidup berteman dan mempunyai anak yang comel? Menjadi lumrah manusia dibekalkan dengan perasaan ingin memiliki dan dimiliki.

“Jika bertemu wanita yang memahami dan mencintai saya sepenuh hati, saya tidak akan teragak-agak melamarnya. Tidak perlu tergesa-gesa, biar masa menentukan,” katanya penuh makna.

Mengulas perihal kerjayanya sebagai pelakon, adik kepada bekas atlit gimnastik negara, Faiznur Miskin ini mengaku semakin selesa dengan bidang diceburi, malah banyak peningkatan dilakukan sepanjang lebih lima tahun bertapak dalam industri.

“Menjadi kebiasaan sebelum menerima tawaran, saya meneliti skrip terlebih dulu. Ini kerana skrip sangat penting, malah bagi saya ia nadi utama dalam sebuah produksi.

“Selebihnya saya tidak cerewet, apatah lagi watak. Kecil atau besar saya tidak kisah, asalkan ceritanya bagus.

“Pun begitu daripada aspek persembahan, belum sampai tahap yang boleh saya banggakan, jauh sekali berpuas hati. Banyak lagi yang perlu diperbaiki,” katanya.

Terbaru, aktor kacak ini membintangi filem Skrip 7707 yang akan menggegarkan pawagam seluruh negara 16 Julai depan.

Menerusi filem membabitkan kira-kira 40 pelakon popular itu, Jehan memikul watak antagonis sebagai tukang tarik kereta yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Skrip 7707 mengupas sembilan cerita seram dalam satu filem. Walaupun durasi kemunculan saya di layar sekejap saja, saya seronok terbabit dalam produksi ini.

“Apa lagi ia lain daripada lain dan sangat menarik. Ceritanya juga mudah difahami dan sangat dekat dengan penonton. Tiga tahun saya menanti, akhirnya filem arahan Profesor Madya A Razak Mohaideen ini muncul juga di pawagam.

“Ini filem seram kedua saya selepas Gong dan diharap penonton suka persembahan saya,” katanya.

Jadual seni jejaka ini juga padat dengan beebrapa penggambaran filem berskala besar arahan terbitan KRU Studios, Hikayat Merong Mahawangsa yang menggabungkan ramai nama besar, termasuk pelakon dari United Kingdom serta Sweden.

Jelas Jehan, menerusi filem arahan Yusry Abd Halim ini dia diberi watak pendekar dan berpeluang menjalani latihan dengan pasukan lagak ngeri pelakon aksi popular Hong Kong, Jackie Chan.

“Dalam filem ini saya tak banyak bercakap, sebaliknya karektor ini menuntut saya beraksi lasak. Banyak juga babak bertarung yang saya lakukan dan ia pengalaman menarik.

“Puas rasanya bila berpeluang belajar teknik bertarung dengan tenaga pengajar yang berpengalaman luas. Saya juga dapat bertukar-tukar fikiran dengan pelakon dari United Kingdom dan Sweden.

“Selain filem ini, saya terbabit dengan telefilem Doa Ibu untuk tayangan Astro Prima, Cinta Biru Laguna (TV9) dan siri Mertua vs Menantu,” katanya.

2 Comments leave one →
  1. jelita permalink
    22 June, 2009 pm

    Semua org mahu kawen…hehehehehehe

  2. jed hijau permalink
    24 June, 2009 pm

    apa jadi ngan makwe dia dulu tu yek….
    ala si juu azizi…mesti frust minah tu kan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: