Skip to content

Utamakan anak-Maizawati

21 June, 2009

KUALA LUMPUR: “Tidak ada lelaki cuba mendekati saya ketika ini. Saya juga tidak harapkan demikian, sebaliknya akan menumpukan lebih perhatian kepada menstabilkan ekonomi untuk berdepan hari mendatang,” kata Maizawati Zainal, 33, isteri penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Akhil Hayy, 40.

Menurut wanita enam anak itu, berkata setakat ini lelaki bukan kepentingan buat dirinya kerana yang diutamakan ialah penyelesaian kes dengan suami di mahkamah.

“Itu semua tidak penting. Yang diutamakan ialah kes perceraian selesai dengan baik melalui mahkamah. Saya menghormati semua pihak dan berharap apabila semuanya selesai, saya mampu jalani hidup seperti biasa walaupun tanpa kehadiran suami,” katanya.

Maizawati bagaimanapun tidak menolak jika ketentuan Ilahi menemukannya dengan seseorang apabila semuanya selesai.

Bagaimanapun, katanya, jika ia berlaku sekalipun, pastinya bukan dalam masa terdekat kerana banyak perkara perlu difikirkan, terutama anak.

“Kini saya dan anak bekerjasama dalam banyak perkara, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan ekonomi keluarga kami. Jika ada urusan, saya bawa semuanya bersama kerana sekarang cuti sekolah. Saya tidak boleh tinggalkan mereka di rumah di Ipoh, Perak lebih dari tiga hari kerana tidak sedap hati bila berjauhan dengan mereka,” katanya.

Menurutnya, dia tiada pembantu, sebaliknya melakukan semua perkara sendirian atau dibantu anak.

Maizawati berkata, banyak hikmah daripada apa yang berlaku, terutama hubungan dengan anak semakin rapat.

Beliau juga menjual peralatan ibadat dan berharap dapat membabitkan diri dalam bidang yang memberi pulangan ekonomi lebih baik kerana anak semakin membesar dan keperluan mereka bertambah.

“Kerana itu saya tidak mahu fikirkan mengenai jodoh. Tekad saya ialah memberikan yang terbaik untuk anak demi masa depan mereka,” katanya.

Dalam masa sama, Maizawati turut menafikan ada pihak cuba mengambil kesempatan meraih keuntungan dengan menjual namanya bagi melariskan perniagaan mereka.

“Saya tidak pernah dihampiri sesiapa yang mahu mengambil kesempatan, sebaliknya beberapa pihak datang untuk bekerjasama dalam beberapa projek yang mendatangkan pulangan ekonomi untuk saya sekeluarga.

“Saya berharap tiada yang cuba mengambil kesempatan kerana saya bukan mahu publisiti atau populariti, sebaliknya mahu meneruskan kehidupan seperti biasa dengan anak,” katanya.

Persoalan mengenai status rumah tangga Akhil dengan Maizawati hanya akan diketahui di Mahkamah Rendah Syariah, Ipoh, pada 15 Julai depan.

Hakim Syarie, Mohd Ridzuan Mohd Yusof, membenarkan penangguhan kes itu pada 2 Jun lalu selepas kedua-dua pihak bersetuju berunding dan menyelesaikan kes itu secara baik dalam tempoh hingga tarikh berkenaan.

One Comment leave one →
  1. catalina permalink
    21 June, 2009 pm

    kesian maiza, semuanya angkara lelaki hidung belang ! x tau di untung ! penat2 bini beranak 6 anak (bukan senang tau ingat mcm ayam bertelur?) mengatal pula, ada prob kat rumah pun takkan sampai nk mengatal dgn si wawa tu , si wawa pun satu mcm la tk dk lelaki lain …. buluq sgt ….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: