Skip to content

Andra & The Backbone enggan ikut aliran muzik terkini

22 June, 2009

BERANI sungguh band Andra & The Backbone dari Indonesia membuat pengakuan mereka tidak mungkin meniru aliran muzik terkini.

Andra & The Backbone terdiri daripada Andra Ramadhan kiri), Stevie Morley dan Dedy Lisan.

Muzik itu adalah muzik indie yang sedang popular dalam industri muzik tempatan.

Vokalisnya, Dedy Lisan berkata mereka sedang mengumpul material untuk album terbaru mereka.

“Kami akan tampil dengan album terbaru pada tahun ini.

“Walaupun ramai pendengar di sini (Malaysia) gemarkan muzik indie, kami tidak akan buat indie juga tetapi lagu slow dan melo.

“Kalau tak bagus, orang takkan dengar,” jawab Dedy ketika berkunjung ke ibu kota baru-baru ini.

Mereka menjayakan Festival Muzik Pesta Malam Indonesia 3 bersama band Dewa 19, Sheila On 7, Gigi dan Padi di Stadium Bukit Jalil (tempat letak kereta A) pada Sabtu lalu.

Sementara itu, gitaris Andra pula menambah yang mereka tidak terlalu mengikut muzik indie yang ditonjolkan sekarang.

“Kami hanya melihat dan mengamati muzik itu tetapi sebolehnya kami mahu menonjolkan perbezaan kami dengan band lain,” jelas Andra yang turut bermain gitar untuk Dewa 19.

Kecewa lagu lebih terkenal dari orangnya

Apabila mendengar lagu Sempurna, jarang yang mengenali siapa tuan empunya pengalun lagu.

Memandangkan lagu ini turut dipopularkan oleh penyanyi kecik molek dari Indonesi, Gita Gutawa.

Hal itu diakui oleh Dedy yang seolah-olah turut meluahkan perasaan kecewanya.

“Lagunya terkenal, tetapi lebih dikenal dari orangnya. Jadi, mungkin senangkan atau tidak.

“Kami rasa mungkin masalahnya berpunca disebabkan kurang promosi di sini tetapi kami dikenali di Indonesia,” kata ahli-ahli band yang ditubuhkan sejak tahun 2006 ini.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: