Skip to content

Isteri Ahmad Jais meninggal dunia

22 June, 2009
PETALING JAYA: Mas Halilah Mas Nayeem, isteri kepada penyanyi terkenal, Datuk Ahmad Jais menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 7.21 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini.

Datuk Ahmad Jais popular dengan lagu Di Ambang Sore, Bahtera Merdeka dan Selamat Hari Raya.

Allahyarham yang berusia 69 tahun meninggal dunia akibat komplikasi kencing manis, darah tinggi, jantung dan paru-paru.

Menurut Ahmad Jais, jenazah Allahyarham isterinya akan dikebumikan esok pada sebelah pagi di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam.

Perkongsian hidup arwah dengan Ahmad Jais telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Maimun, 29.

Ketika mahu menemubual Ahmad Jais, 73, yang mesra dengan panggilan Abang Mat, dia enggan mengulas lanjut.

“Jangan tanya banyak-banyak abang tengah sedih,” kata penyanyi veteran bersuara emas yang sebenarnya Ahmad Jais Ahmad.

Penyanyi yang sinonim dengan lagu hitsnya seperti Di Ambang Sore dan Selamat Hari Raya ini menetap di Bukit Cerakah, Shah Alam.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: