Skip to content

Pengurus nafi Ida Nerina terjatuh akibat dipukul

22 June, 2009

PETALING JAYA: Pengurus Ida Nerina, Fizar Harun menafikan khabar angin yang mengatakan aktres itu dipukul sehingga menyebabkan dia terjatuh ketika menaiki tangga ke ruang tamu dalam rumahnya di Persiaran Syed Putra, Kuala Lumpur, malam tadi dan mengalami kecederaan tulang belakang.

Ida Nerina sedang berehat untuk sembuh, kata Fizar Harun.

“Dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana dia tergelincir lalu terjatuh apabila sedang menaiki tangga dengan tergesa-gesa dan tercedera pada tulang belakangnya,” jawab Fizar yang menghubungi mStar, pagi ini.

Ida menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) malam tadi dan menurut Fizar, Ida kini sudah sedar dan keadaannya stabil.

Fizar bagaimanapun menafikan yang Ida mungkin lumpuh akibat kecederaan tulang belakang yang dialaminya selepas insiden itu.

“Tak betul kerana belum ada laporan daripada doktor. Selepas dibedah, dia kini ‘ok’.

“Ida sedang berehat dan berada dalam keadaan baik,” ujar Fizar ringkas yang akan memaklumkan perkembangan Ida dari semasa ke semasa nanti.

Fizar juga memaklumkan isteri kepada Shahrin (bekas anggota Blackrose) ini akan berehat seketika daripada karier seninya sehingga dia betul-betul pulih.

“Doktor menasihatkan Ida untuk berehat sekejap daripada kerja. Jadi, dia akan menarik diri dari berlakon teater ‘The Good Body’. Namun, teater ini tetap akan diteruskan.

“Selain itu, dia juga tidak dapat menjadi juri pertandingan filem pendek ‘BMW Shorties’,” ulasnya.

Pada November lalu, Ida dan kawan baiknya, Tania Khan mendapat tempat ketiga dalam progran realiti ‘The Amazing Race Asia 3’.

Pasangan ini mendahului pasangan lain pada mulanya tetapi terkandas pada masa genting apabila mereka terlepas penerbangan ke Phuket, destinasi akhir bagi ‘The Amazing Race Asia 3’.

One Comment leave one →
  1. zubaidah haron permalink
    26 June, 2009 pm

    Diharap kejadian ini ada hikmah untuk ida nerina, Allah sayangkan dia maka diberikan peringatan untuknya. Oleh itu harap dia bersabar dan tawakkal saja atas apa yang berlaku. Sentiasalah bertaubat dan dan lupakan apa yang lepas dan mulakan yang baru dengan segala kebaikan. Kami sayangkan ida.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: