Skip to content

Album pop balada pilihan Naib Juara nasyid Aiman

23 June, 2009

TANYALAH sesiapa sahaja apakah album sulung yang paling ‘ideal’ untuk Aiman, Naib juara Akademi Nasyid 2008, sebuah program realiti hiburan pertama terbitan TV9.

Aiman dengan album terbarunya, Aiman”

Ramai pihak tentu menganggap album berkonsepkan nasyid paling sesuai dengan kekuatan vokal milik penyanyi Aiman. Sementelah dia juga memang pandai berzanji (nyanyian puji-pujian untuk Nabi Muhammad S.A.W).

Aiman yang mengakui dirinya menyukai nasyid sejak kecil lagi bagaimanapun mempunyai pandangan berbeza.

Album terbarunya yang secara kebetulannya berjudul “Aiman” itu sebenarnya berkonsepkan pop dan balada serta mempunyai lapan buah lagu terbaru.

Lapan lagu tersebut ialah Dusta Berkalang (Lirik: Fedtri Yahya), Hanya Kepalsuan (Ad Samad), Selalu Ada (duet bersama Heliza) (Sulu Sarawak), Pergi Saat Indah (Sulu Sarawak), Kisah Insan (Ad Samad), Teman Biasa (Sulu Sarawak), Menanti Solehah (Fedtri Yahya) dan Cinta Terakhir (Hafiz Hamidun).

Menurut Aiman, para peminatnya menerusi laman sosial Facebook telah melahirkan hasrat mereka yang mendambakan dia menyanyi lagu-lagu genre lain dari nasyid.

“Menerus blog saya, para peminat memberitahu Aiman boleh menyanyikan lagu nasyid dan mereka meminta saya lari daripada lagu-lagu nasyid dalam album sulung saya.

“Oleh itu, saya telah mendengar permintaan mereka untuk membuat percubaan tetapi bukan melakukan perubahan secara mendadak,” kata Aiman ketika dihubungi mStar.

Aiman mengakui buah tangannya “Aiman” itu tidak mungkin dapat menyongsong naluri, jiwa dan darah nasyid yang mengalir dalam tubuh badannya.

Lebih-lebih lagi, buah epal yang ranum dan ditiup angin tidak mungkin jatuh jauh daripada pokok asalnya. Begitu juga dengan Aiman. Nasyid adalah nadi Aiman dan sebaliknya.

Meskipun album itu berkonsep pop, Aiman berkata, album yang dihasilkan selama lima bulan itu masih mengekalkan identiti nasyid. Dua buah lagu nasyid tersebut, katanya, ialah Dusta Berkalang dan Menanti Solehah.

“Secara terus-terang, lagu pilihan saya dalam album Aiman ialah lagu Menanti Solehah.

“Lagu itu mempunyai burdah-burdah (lenggok-lenggok) Arabik yang menarik,” kata Aiman yang tercalon sebagai Finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) 2008 untuk kategori Artis Baru Lelaki Popular 2008 dan Artis Nasyid Popular 2008.

Lagu-lagu lain dalam album Aiman mempunyai kekuatan tersendiri. Lagu Dusta Berkalang misalnya membolehkan Aiman muncul sebagai finalis Etnik Kreatif AJL 2008 dan lagu Cinta Terakhir adalah lagu Tema Drama Murabbi Astro Prima.

Selepas penampilan album sulung berkonsep pop ini, Aiman akan meneruskan untuk mengeluarkan album kedua yang semestinya berkonsepkan nasyid pada tahun depan.

Sudah semestinya terutama untuk artis muda berusia 19 tahun ini yang antara lain pernah menyertai Pertandingan Tilawah Al-Quran semasa sekolah rendah dan menjadi naib johan dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat daerah Sekolah Menengah.

Album Aiman diterbitkan oleh Arteffects Production dan ditangani sepenuhnya oleh komposer dan penerbit yang kian meningkat naik, Hafiz Hamidun.

Pemuzik-pemuzik handalan yang terlibat menghasilkan album ini ialah Eddie Marzuki (susunan orkestra), Syam Kamikaze (gitar), Ujang Exists (dram), Along Exists (susunan muzik), Kelly (bass), Sotong (dram), Alfa Booty (susunan muzik), Mayya (Violin), Azrul (violin), Yap Yen (Violin), Angela (Violin) dan Nasran (Cello).

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: