Skip to content

Bunga nafi rumah tangga berantakan

23 June, 2009
Peristiwa tampar suami sekadar satu babak dalam fi lem yang menggandingkan mereka berduaAKSI Bunga Cinta Lestari (BCL) menampar suaminya, Ashraf Daniel Mohamed Sinclair sebanyak lima kali dalam filem komedi romantik, Saus Kacang, yang mendapat sambutan hangat di Indonesia dan Malaysia sedikit masa lalu mencetuskan banyak tanda tanya di kalangan peminat mereka.


Bunga Cinta Lestari


Malah, ada menganggap rumah tangga mereka mula berantakan hingga terbawa ke layar perak, lebih-lebih lagi melihatkan penyanyi dan pelakon jelita begitu bersungguh-sungguh menampar suaminya walaupun ia sekadar lakonan.

Bagi mendapatkan kepastian mengenai perkara itu, B*Pop menemui beliau di PNB Darby Park, Kuala Lumpur yang kebetulan dalam rangka promosi album terbarunya, Aku Pasti Datang yang sedang hangat berkumandang di corong radio tempatan ketika ini.

“Itu semua tidak benar… apa yang anda lihat dalam filem itu cuma sekadar lakonan. Hubungan saya dan suami cukup baik. Kami sentiasa berusaha membahagiakan antara satu sama lain seperti mana pasangan suami isteri yang lain.

“Alhamdulillah, rumah tangga kami lancar dan tiada apa-apa masalah. Cuma, kadang-kadang rasa terkilan juga kerana tidak punya masa cukup untuk dihabiskan bersama kerana masing-masing sibuk dengan karier. Tapi, apa boleh buat… rezeki harus dicari,” katanya.

Bunga yang tubuhnya kelihatan agak susut kerana baru selesai mengelilingi tanah kelahirannya untuk tujuan promosi album itu, berkata beliau dan suami merancang untuk mencari masa terluang untuk percutian bulan madu kedua mereka.

“Berbanding Ashraf, saya sebenarnya lebih sibuk. Namun, seboleh-bolehnya masa yang terluang akan saya habiskan di rumah bersamanya… memasak untuknya dan menyediakan segala keperluan lain. Maklumlah, pada hari bekerja memang sukar untuk melakukan semua tugasan itu.

“Selalu saya berkata padanya, saya akan berusaha menjadi isteri yang terbaik untuknya. Namun, Ashraf seorang yang memahami… memang dia mengerti kesibukan saya dan sentiasa menyokong apa saja yang saya lakukan, terutama karier seni saya,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau mengakui tidak pernah membuat apa-apa perancangan mengenai cahaya mata dengan suaminya, malah tidak menolak rezeki jika dikurniakan anak dalam waktu terdekat menganggap kehadiran mereka sebagai penyeri rumah tangga.

“Kami tidak merancang apa-apa pun. Jika dapat sekarang kami terima… jika tidak dapat pun kami redha. Ini semua ketentuan Allah. Saya tahu ramai yang tertanya-tanya mengenai perkara ini, lebih-lebih lagi sudah hampir setahun kami berkahwin tetapi belum ada apa-apa.

“Bagi saya, ini memang soalan lazim yang kerap ditanya bagi mana-mana pasangan suami isteri. Tetapi percayalah, siapa yang tidak mahu anak. Kehadiran anak bukan sekadar penyeri rumah tangga, malah pengikat kasih suami isteri,” katanya.

Bunga mengakui, beliau dan suami tidak sedikit pun runsing mengenai perkara itu, malah sentiasa percaya ada hikmah di sebaliknya.

“Mungkin belum rezeki kami lagi agaknya. Namun, bila difikirkan keadaan kami yang terlalu sibuk sekarang, adalah lebih baik tidak mempunyai anak buat sementara waktu. Bukannya apa, cuma bimbang sukar untuk membahagikan masa dan komitmen nanti.

“Walaupun tanpa kehadiran anak, kehidupan saya cukup ceria di samping suami yang begitu penyayang, romantik dan bertanggungjawab. Malah, kami menganggap sedang melalui tempoh berbulan madu,” katanya sambil memberitahu suaminya sudah boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan di kota Jakarta.

Bunga yang lebih dikenali dengan gelaran `BCL’ turut mengakui, selepas muncul bersama dalam Saus Kacang, beliau mula selesa digandingkan dengan suaminya, malah merancang untuk beraksi bersama dalam drama atau filem seterusnya selepas ini, sama ada di Indonesia mahupun Malaysia.

Info

Nama: Bunga Citra Lestari

Tarikh: 22 Mac 1983

Asal: Jakarta, Indonesia

Kerjaya Seni: Pelakon dan Penyanyi

Status Perkahwinan: Berkahwin

Suami: Ashraf Daniel Mohamed Sinclair (Ashraf Sinclair)

Filem: Cinta Pertama, Kangen, Aku Tak Sendiri, Ada Kamu Aku Ada dan Saus Kacang

Drama: ABG, Senandung Masa Puber, Kalo Cinta Mengoda dan Penjaga Hati

Album: Sountrack Dealova, Cinta Pertama, Tentang Kamu dan Aku Pasti Datang

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: