Skip to content

Keputusan pengesahan lafaz cerai Jamal Abdillah ditunda 3 Julai

23 June, 2009

SHAH ALAM: Keputusan pengesahan kes cerai penyanyi Jamal Abdillah, 47 terhadap isterinya, Fatimatuzahra Samad, 25 telah ditunda ke 3 Julai depan.

Fatima mahu kes perceraiannya dan Jamal diselesaikan segera. Foto THE STAR Oleh: AHMAD IZZARAFIQ ALIAS.

Tarikh tersebut telah ditetapkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Siti Aminah Husin setelah perbincangan tertutup diadakan dengan kedua-dua pihak di luar kamar perbicaraan kerana hakim syarie, Drs Atras Mohamed Zain belum membuat keputusan.

Menurut peguam syarie, Hairunnajmi Majmuddin yang mewakili Fatima, keputusan yang sepatutnya dibuat pada hari ini ditunda atas persetujuan kedua-dua belah pihak itu

“Belum ada keputusan…Kita akan ketahui pada 3 Julai ini. Yang lain-lain, saya belum boleh komen,” katanya.

Fatimah telah memfailkan permohonan pengesahan cerai setelah mendakwa dia diceraikan oleh Jamal pada 15 Mei 2007, pada jam 8 malam ketika sedang memandu.

Lafaz tersebut berbunyi “Aku ceraikan kau dengan talak satu”.

KUNCI MULUT.. Penyanyi Jamal Abdillah enggan memberi sebarang ulasan berhubung kes perceraiannya.

Menerusi prosiding kes ini yang berlangsung bulan lalu, Jamal mengaku melafazkan cerai pada pukul 10 pagi, bukan 8 malam.

Pasangan ini ketika prosiding tersebut mengaku mengadakan hubungan kelamin, dua hari selepas Jamal melafazkan cerai tersebut, tetapi penyanyi itu tidak ada niat untuk rujuk dengan Fatima dan berkata, dia melakukan persetubuhan itu sebagai usaha merapatkan semula hubungan demi anak-anak dan usaha itu nampak tidak berjaya.

Dalam pada itu, Fatima yang hadir seorang diri di mahkamah pagi tadi berkata, dia amat mengharapkan kes itu dapat diselesaikan secepat mungkin dan secara baik.

“Saya hanya tunggu keputusan mahkamah. Saya sudah ambil masa 2 tahun untuk berjuang sampai hari ini. Dan ketika ini, sabar adalah yang terbaik.

“Saya hanya mahu kes ini diselesaikan dengan cara yang baik demi anak. Sebelum ini, ada juga saya melahirkan hasrat untuk berbincang dengan baik, tapi tiada respon daripada dia,” katanya yang mempunyai seirang cahayamata hasil daripada perkongsian hidup dengan Jamal iaitu, Ahmad Zaki Yamani, 2.

Ditanya pendapatnya, tentang pendirian Jamal yang terus mengunci mulut daripada mengulas tentang perkara ini, kata Fatima: “Itu pendirian dia. Lagipun, ini soal peribadi, kalau asyik menjaja pun tak elok.”

Ditanya pula tentang kemungkinan mereka mampu merujuk semula andai kata perceraian benar-benar berlaku, ujar Fatima, dia menyerahkan perkara itu kepada takdir.

“Saya kurang pasti. Lagipun perceraian ini dia yang minta. Jika benar perkara itu (rujuk) terjadi, saya akan buat solat istikharah meminta petunjuk daripada Allah,” katanya.

Sementara itu, Jamal yang tidak diwakili peguam dilihat terus beredar meninggalkan mahkamah bersama seorang rakan dan cuba mengelak daripada menjawab soalan media.

Cuba ditanya tentang kes itu, Jamal secara ringkas hanya menjawab: “Entahlah…ditunda.” tuturnya sebelum memasui lif.

Jamal dan Fatima bernikah pada 3 Januari 2006 di Songkhla, Thailand.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: