Skip to content

Yuna Berasa Kekok Jadi Popular

23 June, 2009

Bukan cuba meninggi diri, jual mahal atau ego, namun Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 23, ternyata mempunyai prinsipnya sendiri dalam membina nama sebagai seorang penyanyi, pemuzik, penulis lirik  dan komposer muzik Indie tempatan.




Tegas gadis bertudung yang semakin dikenali  menerusi lagu Dan Sebenarnya ini, dia hanya akan memilih untuk membuat sesuatu persembahan sekiranya dia rasakan benar-benar perlu.

Sekiranya tidak, dia yang handal bermain gitar akustik ini lebih suka mendiamkan diri serta menjalani kehidupan seharian seperti biasa sambil  meneruskan  kerja-kerja pembikinan lagu di studio yang tidak pernah selesai.
“Pada saya, apa saja yang saya lakukan haruslah bergantung kepada keputusan peribadi saya sendiri. Malah, saya lebih suka menjalani kehidupan secara privacy berbanding populariti. Cara begitu lebih menyenangkan diri saya.

“Kalau orang sudah banyak kenal saya, ia mula membuatkan saya terasa kekok. Saya juga segan dan tidak suka melihat diri saya sendiri di kaca TV. Mungkin, saya perlukan sedikit masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan.

“Saya tidak nafikan segelintir artis Indie yang lain memang gemar meraih populariti yang sedemikian rupa. Mungkin mereka sudah memilih jalan yang seperti itu. Tapi, itu bukan saya. Saya lebih suka dengan cara begini,” katanya

Yuna ditemui sewaktu menjayakan penggambaran drama Cinta Sempurna untuk terbitan Oasis. Dalam drama tersebut dia telah menjadi dirinya sendiri dan membawakan lagu tema drama tersebut di dalam sebuah majlis hari jadi.

Cinta Sempurna agak berbeza dengan Dan Sebenarnya kerana ia  bersifat lebih dark dan melodinya pula lebih perlahan. Saya bercadang untuk memuatkan lagu ini dalam album studio saya nanti.

“Saya bercadang untuk keluarkan album studio saya itu nanti pada penghujung tahun ini. Ramai yang sudah bertanya bila lagi saya akan keluar dengan album. Tapi, saya tidak mahu melakukannya secara terburu-buru. Untuk apa saya buat album ini  secara cepat sedangkan hasilnya tidak seberapa? Kalau boleh saya mahu hasil yang diperolehi daripada pembikinan ini nanti memuaskan hati saya.

“Sungguhpun begitu, saya sudah pun menyiapkan EP yang mengandungi 5 lagu iaitu Backpacking Around Europe, After Midnight, Dan Sebenarnya, Blue Sands dan Deeper Conversation.

“EP ini boleh mereka perolehi secara mail order menerusi laman myspace saya di alamat myspace.com/ yunaroomrecords,”  katanya pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini.

Lagu Yuna bantu atasi masalah pendengar

Sambung Yuna lagi, ramai yang masih keliru sama ada dia adalah penyanyi solo atau pun memiliki band muzik.

“Sebenarnya Yuna adalah nama saya sendiri. Saya yang tulis lagu lagu dan lirik sendiri. Tapi sejak 3 tahun yang lepas, saya mempunyai band yang mengiringi persembahan saya. Mereka ini terdiri daripada Paan selaku gitaris/pengurus, Efry (bassist) dan Adik (drummer). Mereka inilah yang turut menyumbangkan kerja-kerja susunan muzik dalam setiap lagu saya.

“Adakalanya saya muncul sendiri secara akustik bersama gitar saya. Tengok pada keadaan dan sesuatu persembahan yang saya jayakan itu. Kadangkala ia memerlukan saya untuk tampil secara solo, kadangkala bersama band,” katanya.

Yuna juga tidak menafikan bahawa ada artis di luar sana yang berminat untuk mendapatkan lagunya serta melakukan kolaborasi bersamanya.

“Tapi saya masih tidak bersedia untuk melakukannya kerana saya sendiri sibuk menyiapkan pembikinan album studio saya. Kalau setakat berduet dalam lagu orang lain, saya tak kisah. Tapi bukan menghasilkan lagu untuk mereka lagi,” kaanya yang mula bermain piano dan menyanyi seawal usia 6 tahun.

Apapun, sebagai penyanyi, Yuna memberitahu, dia gembira apabila lagunya dapat membantu kehidupan orang lain khususnya menerusi lagu Dan Sebenarnya yang memiliki elemen jazz dan bossanova bersama pop rock.

“Kebanyakan orang memberitahu bahawa lagu saya dapat membantu untuk mereka mengatasi emosi mereka ketika berhadapan dengan masalah cinta atau kemelut hidup.

“Bagi saya itu satu respon yang cukup baik. Setidak-tidaknya saya dapat membantu mereka menjalani kehidupan mereka menerusi lagu-lagu yang saya nyanyikan,” katanya yang meminati Alanis Morrisette, Fiona Apple, Laura Marling, Feist dan Coldplay.

Nama Yuna turut tersenarai dalam Anugerah Planet Muzik 2009 (APM2009) bagi kategori Artis Malaysia Paling Popular serta Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita).

One Comment leave one →
  1. puteriaquarius81 permalink
    24 June, 2009 am

    be urself… wishing u all the best

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: