Skip to content

Aishah Dapat Tawaran Ke UiTM Arau

24 June, 2009

Bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Siti Aishah Bujang, 18, memang seorang pelajar yang cemerlang. Menerusi program Trek Selebriti bersama Jimmy Shanley dulu, penonton dapat melihat Aishah mendapat keputusan SPM Aishah yang memuaskan dengan banyak A.

Jadi tidak hairanlah jika dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS, cuma ada tawaran itu yang bertembung dengan penyertaannya dalam AF7 lalu.

Kini, selepas berakhirnya AF7, Aishah, 18, sedang memikirkan satu lagi tawaran untuk menyambung pengajiannya.  Tawaran itu adalah pengajian peringkat diploma dalam bidang kejuruteraan dari UiTM Arau, Perlis.

“Pengajian itu bermula pada intake Julai ini. Aishah sedang berbincang dengan keluarga tentang tawaran itu kerana memang Aishah nak sambung belajar. Tapi pada masa yang sama Aishah juga terikat dengan kerja seni yang baru hendak bermula.
“Aishah harap kalau dapat ditukarkan ke kampus induk di Shah Alam tentu lebih memudahkan Aishah menguruskan jadual kerja dan belajar,” katanya.

Buat masa ini, Aishah tinggal bersama rakan karibnya, Zizi AF7, dan mereka selalu keluar bersama-sama.

“Setakat ini, setiap hujung minggu, Aishah ada banyak undangan nyanyian di merata tempat. Insya-Allah, Aishah juga akan mengikuti program Marhaban Di Astro selain sibuk dengan konsert Gempak Selebriti Astro dan persiapan konsert Reunion AF7.

“Dalam pada itu, Aishah juga ada terima tawaran dari pihak Dream Music untuk merakamkan sebuah single,” katanya.

Sementara itu, Aishah masih lagi tidak boleh lari dengan gosipnya bersama pemenang tempat ketiga AF7, Akim yang baru saja merakamkan klip video lagu Bengang. Adakah Aishah mulai rimas dengan gosip itu?

“Aishah tak pernah rasa rimas pun. Itu sekadar gosip kawan-kawan. Tak ada apa-apa yang Aishah dan Akim nak sembunyikan. Tapi kalau satu hari kami betul-betul suka, tak tahulah,” katanya tergelak.

Apabila ditanya benarkah dia baru putus cinta dengan seseorang, Aishah terus terkejut.

“Eh, macam mana nak putus cinta, boyfriend pun belum ada! Aishah ni kan masih single. Aishah ramai kawan, setakat ini belum pernah bercinta,” katanya.

3 Comments leave one →
  1. puteriaquarius81 permalink
    24 June, 2009 am

    mak aih kurus giler.. btl ker bdn dia.. nmpak cam kain kena tiup angin jer..

  2. Lonelygurlz permalink
    25 June, 2009 am

    dia mmg kurus pun….x mcm mira….huhuu….

  3. jelita permalink
    25 June, 2009 am

    Kecil molek tol si aishah 2..comey sgt

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: