Skip to content

Aizat Kena Cium Puteri Adik-Adik!

24 June, 2009

Sempena majlis menghargai pihak media, Together-Gather Media Bersama Suria FM, baru-baru ini, stesen radio yang diterajui suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin itu menampilkan kelainan apabila menjemput pengacara yang menggelarkan dirinya sebagai Puteri Hang Li Po iaitu Viviyana Abdullah Lee, untuk menggamatkan suasana.

Tidak dinafikan kemunculan Puteri yang juga penyampai radio ‘Adik-Adik’ pertama di Malaysia, cukup menggeletek hati kerana selain kerap tukar baju mengalahkan Miss Malaysia, dia juga pandao berceloteh mengusik artis-artis yang membuat persembahan seperti Siti Sarah, Dafi, Aizat, Hafiz, Ameng Spring, Ramlah Ram, Jay Jay, Nubhan, Fazli Zainal, Aril AF7, Liyana Jasmay, Noryn Aziz dan ramai lagi.
Contohnya, kata Puteri, dia sangkakan mulut dia sudah cukup puaka rupanya mulut Siti Sarah lagi puaka! Ternyata jenaka Puteri begitu disukai tetamu malah jemputan khas, Datuk Sharifah Aini sendiri asyik ketawa tidak henti-henti.

Paling kecoh, Aizat telah didenda dan dicabar mencium pipi Puteri gara-gara tersasul menyebut Suria FM sebagai Hot FM. Lalu dengan segan silu yang teramat sangat, Aizat terpaksa mengotakan janjinya kepada penonton!

Program santai yang bermula dari jam 4 petang itu telah berlangsung di Ballroom, Hotel Concorde, KL. Apa yang menarik setiap wakil media yang datang tidak pulang dengan tangan kosong kerana telah menerima hadiah hebat cabutan bertuah yang berupa TV Plasma, telefon bimbit, pemain DVD dan komputer riba.

Bukan itu saja, ada 6 tetamu turut menerima wang tunai berjumlah RM500 seorang dengan menduduki 6 kerusi bertuah yang disediakan dalam ballroom itu.

Acara lelong bersama selebriti terkenal
Pada Sabtu ini bersamaan 27 Jun 2009, barisan selebriti terkenal seperti Ning Baizura, Amy Mastura, Dayang Nurfaizah, Ramlah Ram, Elyana dan Nurul bakal meriuhkan Plaza Alam Sentral, Shah Alam untuk majlis Road Tour Suria FM yang bermula tepat jam 3 petang.
Selain berhibur, pengunjung boleh membeli barangan yang dilelong selebriti popular untuk disumbangkan ke Rumah Nur Salam iaitu rumah perlindungan anak-anak terbiar di Chow Kit, KL.
Tambah menarik, semua penyampai Suria FM iaitu Tuah, Zizi, Myra, Zaff, Akhtar, Bob dan Naim akan merancakkan majlis ini dengan memberikan hadiah menarik kepada pengunjung bertuah.
Selain itu anda juga berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM18,000 dengan menyertai Suria FM Senyum & Menang RM18, 000 bersama Tuah dan Zizi.  Untuk keterangan lanjut dapatkan infonya di laman web rasmi Suria FM sekarang.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: