Skip to content

Derita Ida Nerina: Artis AF7 Terkejut!

24 June, 2009

Saat ini, pastinya seluruh bekas warga kerja, team produksi dan bintang Akademi Fantasia 7 (AF7) berasa sedih dan terkejut terhadap insiden malang yang menimpa guru seni persembahan mereka yang digelar Miss Gorgeous iaitu Cikgu Ida Nerina.


Ketika dihubungi ,5 finalis iaitu Hafiz, Aril, Akim, Yazid dan Isma meluahkan rasa terkejut dan sedih mereka terhadap apa yang terjadi kerana menganggap Ida sebagai seorang kakak, maklumlah mereka pernah berguru selama 3 bulan dengannya.

Mohd Hafiz Mohd Suip (Hafiz)

“Hafiz dapat tahu berita sedih ini sewaktu Hafiz berada di Cherating, Pahang untuk rakaman program Menuju Puncak. Hafiz terkejut sangat-sangat. Ketika itu Hafiz terus terbayang wajah Cikgu Ida dan teringat apa yang pernah diajar olehnya.

“Kalau ikutkan hati, Hafiz mahu terus balik ke KL untuk melawat dia. Tapi Hafiz diberitahu hanya keluarga rapat Cikgu Ida saja boleh melawatnya setakat ini. Dari jauh Hafiz doakan agar Cikgu Ida  cepat sembuh dan Hafiz tak mahu tengok apa-apa yang buruk terjadi kepadanya.”

Khairil Azam Pilus (Aril)

“Aril dapat tahu tentang berita ini pada lewat malam kejadian itu, ketika Aril sedang perjalanan pulang ke rumah. Mulanya Aril ingatkan gimik atau babak lakonan, takut-takut orang nak kenakan Aril. Yelah, kebetulan pula sebelum itu Aril ada terima SMS dari Cikgu Ida sendiri yang menjemput Aril  menyaksikan persembahan teaternya.

“Kemudian barulah ada pihak mengesahkan ia benar. Waktu itu, Aril terus teringat kenangan 3 bulan bersama Cikgu Ida. Tak sangka, dia cedera hingga dibedah.

“Setakat ini, Aril belum berkesempatan hendak melawat kerana Aril masih di kampung. Insya-Allah, pulang dari kampung nanti Aril akan terus pergi menjenguknya. Sebenarnya Aril tak tahu nak cakap apa. Aril cuma harap Cikgu Ida cepat sembuh dan kalau boleh Aril nak tengok dia seperti dulu. Aril tak sanggup lihat dia tidak boleh berjalan.”


Afiq Hakim Ahmad (Akim)

“Akim dapat tahu selepas Abang Rosman (krew Astro) hantar SMS kepada Akim. Akim terkejut. Waktu tu, Akim hanya tahu dia terjatuh saja. Apabila Akim dengar khabar menyedihkan tentang Cikgu Ida, hati Akim terus tersentuh dan sedih. Cikgu Ida seorang yang sangat baik dan banyak bagi sokongan moral pada Akim sepanjang berada dalam AF7.

“Akim tambah sedih apabila dengar spekulasi yang dia mungkin tidak boleh berjalan lagi. Kalau boleh, janganlah sampai jadi macam itu. Akim doakan kepada Tuhan agar Cikgu Ida lekas sembuh dan boleh berjalan seperti sedia kala.”

Mohd Yazid Ibrahim (Yazid)

“Yazid dapat tahu berita Cikgu Ida ketika Yazid sedang menonton televisyen di rumah. Yazid betul-betul terkejut! Yazid sedih dan sekarang ini Yazid sedang cari peluang untuk pergi melawat Cikgu Ida. Kalau boleh, sekarang ini juga Yazid nak pergi berjumpa dengannya.

“Sama seperti yang lain, Yazid mahu Cikgu Ida cepat sembuh dan kecederaan yang berlaku ke atasnya tidaklah terlalu parah.”

Ismaliza Ismail (Isma)

“Isma terima berita sedih ini sewaktu Isma dan Tomok menghadiri satu majlis kesyukuran. Isma terkejut sangat-sangat dan terus minta diri pulang kerana mahu tahu apa perkara yang sebenarnya berlaku.

“Lepas tu apa lagi, Isma teruslah telefon semula orang yang bagi tahu Isma tentang perkara ini. Namun, selepas Isma dapat tahu, Isma masih belum berpeluang lagi untuk pergi melawat Cikgu Ida memandangkan hanya keluarga terdekat sahaja boleh menziarahinya.

“Sekarang, Isma hanya tunggu kebenaran daripada keluarga Cikgu Ida untuk pergi melawatnya. Kalau boleh, Isma nak tanya sendiri Cikgu Ida macam mana kejadian itu boleh berlaku. Isma cuma berdoa agar Cikgu Ida segera pulih.”

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: