Skip to content

Pengurus: Ida tak mungkin mabuk, dia baru balik dari umrah!

24 June, 2009

BERTUBI-TUBI telahan yang dibuat apabila insiden aktres Ida Nerina tergelincir tangga sehingga mengalami kecederaan teruk di bahagian tulang belakangnya hingga menjadi berita gempar dalam industri hiburan tempatan semalam.

Ida Nerina ialah bekas guru Akademi Fantasia 7

Kini, pelakon utama filem ‘Susuk’ ini sedang berehat untuk mendapatkan rawatan bagi memulihkan tulang belakangnya selepas insiden itu berlaku kira-kira pukul 3 pagi, Ahad lalu.

Difahamkan, Ida terpaksa berehat panjang untuk membolehkan tulang belakangnya pulih seperti sediakala. Insiden yang tidak disangka-sangka itu membuat ramai peminat Ida tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang terjadi.

Dua hari lalu, pengurus Ida, Fizar Harun terpanggil memberi kenyataan rasmi bagi menafikan bekas guru Akademi Fantasia 7 itu terjatuh akibat ‘dipukul’. Belumpun reda spekulasi itu, timbul pula andaian yang baru.

Desas-desus terbaru pula mengatakan yang Ida terjatuh disebabkan hilang pertimbangan kerana ‘mabuk’. Andaian demi andaian, juga spekulasi mengundang cakap-cakap sumbang yang jelas tidak menyenangkan pihak keluarga Ida.

“Mana ada Ida ‘minum’ dan ‘mabuk’ sebab dia baru balik dari umrah. I don’t think so..,” ujar Fizar, semalam.

Menurut Fizar, dia tidak percaya dengan spekulasi itu memandangkan Ida baru balik dari tanah suci tiga minggu lalu bersama suami, Shahrin (bekas anggota Blackrose) dan keluarganya.

Lantas, Fizar berharap supaya segala spekulasi dan andaian yang tidak masuk akal itu dihentikan segera.

“Spekulasi itu adalah mustahil. Saya tak nak dia stres sebab berita itu tidak benar.

“Keluarga Ida juga minta orang ramai hormat dan memberikan sokongan kepadanya. Doakan dia pulih dengan cepat,” beritahu Fizar.

Fizar juga menjelaskan kejadian itu berlaku disebabkan Ida menaiki dua tangga menuju ke ruang makan rumahnya dalam keadaan tergesa-gesa ditambah pula dengan lantai terazo yang licin.

“Ketika saya melawatnya petang tadi (semalam), saya tengok keadaan dia lemah sikit kesan dari pembedahan kelmarin tapi doktor kata dia ‘ok’ dan tidak menggalakkan orang ramai melawatnya bagi memberinya ruang untuk berehat,” tambah Fizar yang belum mendapat apa-apa laporan mengenai kemungkinan Ida akan lumpuh.

Katanya, “Terlalu awal untuk mengatakan tentang itu kerana dia nampak macam biasa.”

5 Comments leave one →
  1. trAnsFormeRs permalink
    24 June, 2009 pm

    semuga cpt smbuh k….

  2. Lonelygurlz permalink
    25 June, 2009 am

    semoga lekas sembuh…kami sokong ida….

  3. jelita permalink
    25 June, 2009 am

    Semoga cepat sembuh ida..

  4. zubaidah haron permalink
    26 June, 2009 pm

    Allah tetap menyayangimu, bersabar menghadapi dugaanNya.

  5. catalina permalink
    28 June, 2009 am

    mayb ada hikmah di sebaliknya .. renung2 kan la ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: