Skip to content

Perkahwinan Adlin Emelda Versi Jawa

24 June, 2009

Tetamu jemputan tidak mahu terlepas peluang menyaksikan persandingan dua selebriti popular, anak lelaki Mak Mah yang juga pengarah dan pelakon, Adlin Aman Ramli, 38, dan pasangannya, dramatis Emelda Rosmila Abdul Hamid, 29.

gambar kawin adlin emelda

Bahkan, wakil media yang membuat liputan hanya sempat melihat kelibat mempelai dari jauh gara-gara terpisah dek lautan manusia. Suasana sebegini adalah perkara biasa setiap kali membabitkan perkahwinan artis popular. Apatah lagi, majlis itu diadakan di kawasan perkampungan.

Mengenali Mak Mah, sikap peramah dan rendah dirinya sememangnya membuatkan seniwati ini cukup disenangi orang kampung. Ramai menawarkan diri membantunya menguruskan majlis perkahwinan anaknya hasil perkahwinan dengan pelakon dan pelawak AR Tompel.

gambar kawin adlin emelda

gambar kawin adlin emelda

gambar kawin adlin emelda

Mak Mah berkata, majlis dimulakan sejak jam 12 tengah hari hingga lewat petang itu dihadiri lebih 2,000 tetamu walaupun undangan cuma 2,000 orang.

“Keadaan seperti ini sebenarnya sudah saya jangkakan. Lagipun, orang kampung di sini semuanya baik dengan saya. Mereka tidak pernah lupa dan selalu mengundang saya menghadiri majlis mereka walaupun ada kalanya undangan mereka itu tidak dapat saya penuhi kerana sibuk dengan penggambaran.

gambar kawin adlin emelda

gambar kawin adlin emelda

gambar kawin adlin emelda

gambar kawin adlin emelda

gambar kawin adlin emelda

gambar kawin adlin emelda

gambar kawin adlin emelda

“Justeru, apabila anak saya sendiri berkahwin memang wajib saya mengundang semua orang. Meskipun banyak benda yang perlu disediakan, Alhamdulillah Allah SWT murahkan rezeki. Mudah-mudahan di majlis ini juga dapat mengeratkan silaturahim dan kasih sayang.

“Cuaca hari ini pun baik, tidak panas dan hujan pun tidak lebat. Syukur ke hadrat Ilahi kerana semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Mempelai yang muncul di khalayak ramai sekitar jam 2 petang, tampil dengan busana perkahwinan Jawa yang cukup menawan rekaan Freda Lestari Putra warna merah hati.

Begitu juga, pasangan pengapit, Aqasha dan Abby Nadzri (pengacara Bintang RTM 2008) dengan pakaian menepati konsep majlis.

Difahamkan, mempelai memilih konsep perkahwinan Jawa bagi memenuhi hasrat Mak Mah ingin melihat Adlin dan menantu, bersanding mengikut adat nenek moyangnya.

Pasangan itu bernikah 22 Mei lalu di Masjid An-Nur, Batu 8, Tambun, Perak dan majlis bersanding pula diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Ipoh, Perak keesokan hari.

Genap sebulan ijab kabul sebagai suami isteri, Adlin dan Emelda mengakui kehidupan mereka kini lebih tenang. Pun begitu, akui Emelda yang pernah menang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21), meskipun sudah berkahwin kehidupan yang dilalui tidak banyak berbeza.

“Macam biasa, jadual hidup masih sama. Cuma apa yang berbeza sekarang ini, saya sudah bersuami dan dalam apa juga perkara yang saya lakukan, suami perlu diutamakan selain mohon restu daripadanya.

“Kalau dulu, saya tidak begitu kisah soal bersarapan, tetapi apabila sudah jadi isteri orang, setiap kali bangun pagi, fikir menu apa yang patut disediakan. Adlin tidak memaksa pun, tetapi saya sendiri akan cuba sediakan sarapan jika sempat.

“Maklumlah, kerja sebagai pelakon ini mana tentu masa. Kadang-kadang pagi-pagi lagi sudah perlu ke set penggambaran. Terus terang cakap, kami berdua belum sempat berehat sejak bernikah 22 Mei lalu sampailah sekarang kerana masing-masing sibuk bekerja.

“Jika saya berlakon, Adlin pula mengarah dan menerbitkan pelbagai drama untuk Astro,” katanya.

Belum menunjukkan tanda-tanda berbadan dua, Emelda berkata, walaupun majlis persandingan sebelah pihak lelaki baru selesai, dia perlu bersedia menjalani penggambaran Cucu Betung dan Jongkang Jongket (diterbitkan Adlin) yang akan diadakan bila-bila masa.

Dek kesuntukan waktu jugalah membuatkan pasangan ini sepakat menjalani bulan madu mereka hujung tahun ini.

“Kalau hendak berbulan madu sekarang, memanglah kami tiada masa. Namun, perancangan itu memang ada dan mungkin hujung tahun serta boleh sambut tahun baru sekali.

“Untuk destinasi bulan madu, saya dan Adlin sebenarnya teringin melancong ke Eropah. Harap-harap dapatlah jejakkan kaki ke sana,” katanya.

Selain pasangan mempelai, tetamu kenamaan, Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi dan Datin Seri Tiara Jacquelina serta anak lelaki mereka, Mohd Eridani turut menjadi perhatian penduduk setempat.

Begitu juga kehadiran pasangan pengantin baru, Zamarul Hisham dan isteri, Diana Rafar serta artis lainnya, AR Badul dan Fauziah Nawi.

gambar kawin adlin emelda

gambar kawin adlin emelda

gambar kawin adlin emelda

gambar kawin adlin emelda

gambar kawin adlin emelda

gambar kawin adlin emelda

gambar kawin adlin emelda

gambar kawin adlin emelda

3 Comments leave one →
  1. jelita permalink
    25 June, 2009 am

    Dieorg ni peminat warne merah agaknyer..hehehehe

  2. puteriaquarius81 permalink
    25 June, 2009 am

    merah kan tanda cinta yg membara.. hoho hantam jer aku ni. emm tp kureng suker la tgk stail rmbt emelda.. nmpk cam botak. huhuhuk

  3. jelita permalink
    26 June, 2009 am

    Btl 2 kalo wat sanggul jawa mesti lebih cantik..ditambah lagi ngan aksesori yg lebih cantik..hehehehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: